Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, April 26, 2013
PRU -13 : Zul Noordin terima 'Manipum Marapum'!
Datuk Zulkifli Noordin@Zul Nordin cukup hairan kerana video yang memaparkan dirinya menghina penganut Hindu 'diputarkan' seolah-olah baru diungkapkannya dua tiga bulan lalu. Dan bukannya kira-kira 12 tahun lepas ketika dia berada dalam Pas.
Juga, klip video itu cuba pula membabitkan Perkasa yang disertainya selaku Naib Presiden ketika ini.
"Inilah politiking yang diajar kepada saya sewaktu berada dalam pembangkang dulu, politik ekstrem. Memang dulu saya cakap macam itu, malahan bukan itu sahaja, saya cakap UMNO ini kafir, sembahyang orang UMNO tak dapat pahala, bukan sahaja 'tempiasnya' terkena kepada penganut Hindu, orang UMNO pun kena juga daripada saya, waktu itu 10, 12 tahun dulu.
"Ini politik jumud, ekstrem dan rasis. Cuma saya nak tanya (pakatan pembangkang), kalau betul mereka ikhlas (tak suka saya meluahkan ungkapan sebegitu rupa kepada kaum lain), kenapa 12 tahun dulu tak cakap," kata beliau di hadapan sekumpulan kaum India di penempatan Pangsapuri Ken Rimba dekat Padang Jawa, Shah Alam malam kelmarin.
Ujar calon BN kerusi Parlimen Shah Alam itu lagi: "Kalau penganut Hindu marah, memang saya buat, saya mengaku dan saya harap boleh minta maaf.
Zulkifli yang pernah menjadi ahli jawatankuasa Lujnah Pas dan memenangi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008, juga 'masak' dengan perangai ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.
"Dulu, saya peguam Anwar. Saya cuba hendak mengelak dari mendedahkan kepincangan pihak lain (semasa kempen PRU-13 ini) tapi kerana serangan-serangan ini, saya terpaksa ceritakan.
"Ada satu kisah tentang politik fitnah dan jumud ini. Suatu ketika anak-anak yang dihantar ke Pasti (Pusat Asuhan Tadika Islam Pas) ini di dalamnya diletakkan gambar Dr. Mahathir sebagai pelapik kaki dan setiap hari budak-budak yang hadir akan pijak gambar itu sebelum mulakan pembelajaran.
"Sampai begitu tahap benci terhadap sesama Islam. Ada seorang itu guru lulusan maktab, dia punya taksub pada parti ini sampaikan ambil cuti dan pergi ke Afghanistan nak berjuang untuk mati (syahid), tapi tak mati pun dan selamat kembali ke tanah air. Kemudian ekstremnya bertambah lagi, bukan lagi buat perancangan tapi nak terus bunuh Dr. Mahathir," katanya.
Penjelasan Zulkifli menerusi ucapan pendek 15 hingga 20 minit itu menarik perhatian seorang pemandu lori dari Pangsapuri Rimba Jaya, A.Thirumani,49.
Katanya, dia akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dinamakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dasar pemilihan tersebut dibuat dengan mengambil pelbagai faktor.
"Datuk Seri Najib telah banyak menolong masyarakat India di negara ini dengan memberi pelbagai bantuan kewangan dan kebajikan lain. Siapa sahaja calon beliau di sini sudah pasti dia telah fikir masak-masak sebelum dinamakan.
"Jika beliau namakan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon (Parlimen) Shah Alam, kita akan sokong bagi membalas budi Perdana Menteri. Tentang kes Datuk Zulkifli dengan masyarakat beragama Hindu 12 tahun dahulu, dia telah banyak kali minta maaf atas ketelanjurannya, kita terima dan maafkan dia," katanya.
Seorang peniaga, M. Muniandy, 38, yang tinggal di situ berkata, Najib menghantar Zulkifli untuk menentang calon Pas yang juga merupakan rakan dalam partinya dahulu.
"Oleh sebab itu beliau layak menjadi calon kerana dia lebih faham kelemahan lawannya.
''Datuk Seri Najib hantar Datuk Zulkifli untuk menentang Khalid Samad (calon Pas) yang merupakan rakan satu parti dan satu Pakatan Rakyat beliau dahulu. Ini merupakan kelebihan kepada BN untuk memenangi kerusi Shah Alam dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri di situ (Kota Anggerik dan Batu Tiga).
"Apa yang Datuk Seri Najib buat adalah untuk memastikan dasar membantu rakyat dapat diteruskan dengan mandat baru. Kami masyarakat India sedia maafkan Datuk Zulkifli yang membuat komen negatif tentang agama Hindu 12 tahun dahulu dan berharap ia tidak berulang.
"Dalam peribahasa India, kami sebut begini 'Maripum, Marapum' (terima permohonan maaf dan lupakanlah - kesilapan dan kesalahan lepas).-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan