Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, April 20, 2013
Penamaan calon di Shah Alam : Khalid Samad baru sedar penduduk Shah Alam tak sukakannya?
Khalid Samad Mengamuk Di Pusat Penamaan Calon Kerana Tiada Sorakan Menyambut Pengumuman Namanya!
Semenjak nama Datuk Zulkifli Nordin@ Zul Nordin diumumkan sebagai calon Parlimen Shah Alam mewakili BN , saban hari kehidupan Khalid Samad bagaikan tidak keruan. Setiap hari kalau beliau tak sebut nama Zul Nordin 10 kali di twitternya, seolah-olah kehidupannya pada hari itu tidak bermakna.
Pagi tadi ketika penamaan calon sedang berlangsung di Shah Alam, sekali lagi beliau menjadi 'hilang akal'? Pusat penamaan calon bagi Parlimen Shah Alam dan dua Dun dalam parlimen berkenaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.
Atas faktor keselamatan pihak SPR telah mengasingkan tempat berkumpul bagi penyokong parti-parti yang bertanding dengan jarak 50 meter. Penyokong BN disebelah kanan dewan dan penyokong Pakatan Haram di sebelah kiri dewan. Pada peringkat awal semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada mana-mana pihak yang membuat bantahan.
Namun apabila tiba masa pengumuman nama-nama calon bertanding, Khalid Samad cuba menimbulkan masalah. Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan nama berdasarkan siapa yang kemukakan borang pencalonan terlebih dahulu.
Apabila nama calon BN, Datuk Zulkifli Nordin@ Zul Nordin diumumkan ianya disambut dengan sorakan meriah oleh penyokong-penyokong BN. Bila nama Khalid Samad diumumkan , kelihatan tiada sebarang sorakan kedengaran dari penyokong mereka?
Ketika itu Khalid Samad menjadi berang lalu memarahi Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana keadaan menjadi senyap apabila namanya diumum . Beliau mendakwa penyokongnya ditempatkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan.
Datuk Bandar Shah Alam menjelaskan bahawa jarak tempat penyokong diletakkan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Khalid Samad menuntut supaya penyokong-penyokongnya dibenarkan mara ke hadapan dewan. Datuk Bandar berkata, jika itu yang dituntutnya maka beliau terpaksa mengadakan mesyuarat dengan polis dan beberapa agensi lain terlebih dahulu dan ianya memakan masa.
Kelihatan Khalid Samad terus berkeras untuk keluar dari pagar bagi memanggil penyokongnya ke hadapan dewan. Datuk Bandar melarangya, namun beliau tidak hiraukannya. Akhirnya ada penyokong PKR yang menasihatinya supaya jangan keluar. Pembesar suara dihalakan kepada penyokong-penyokong mereka supaya mereka dapat mendengar dengan jelas nama-nama yang diumumkan.
Khalid menuntut Pegawai Pengurus Pilihanraya mengulang pengumuman namanya dan apabila diulang sekali lagi pun, tiada bunyi sorakan yang kedengaran. Merah padam muka Khalid ketika itu kerana malu dengan apa yang berlaku! Yang menariknya apabila nama dua lagi calon PKR yang bertanding untuk kerusi DUN diumumkan, ramai penyokong-penyokong mereka bersorak. Lagilah bertambah merah padam muka Khalid dan akhirnya dengan tebal muka, beliau melambai-lambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya.
Ternyata manusia yang bernama Khalid Samad itu nampaknya agak 'gila glamor' sedikit. Walaupun sekarang beliau baru mengetahui yang penduduk di Shah Alam tidak sukakannya, namun masih lagi mahu berlagak 'bodoh sombong' menawarkan diri mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam.
Ibarat buku bertemu ruas, pertarungan dengan Zul Nordin bakal menyaksikan Khalid Samad mengucapkan Selamat Tinggal kepada Shah Alam...!!! InsyaAllah.
SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN.
Sumber : Di edit dari Rbf Online.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan