“Tarikh 5 Mei pastikan calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dikalahkan habis-habisan.'
"Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi di sini.
Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.
“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.
“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’, malam tadi.
“Husam ini datang ke Putrajaya kerana mereka percaya saya akan bertanding di sini. Tetapi seluruh dunia dah tahu saya telah bersara dan tidak pernah berniat untuk bertanding semula walau dengan sesiapa pun.
“Husam juga pernah tawarkan diri untuk berdebat dengan saya, orang seperti ini bukannya tahu untuk berdebat yang dia tahu hanya membuat bising. Dan kalau dia salah pun tidak akan mengaku," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mempertikaikan siapa Husam sekitanya dibandingkan dirinya yang jauh lebih berusia dan berpengalaman.
“Kalau banding umur saya dan umurnya, dia masih budak-budak. Pergilah berdebat dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kau, tak usahlah nak cabar-cabar orang,” katanya.
Dr Mahathir turut menempelak dakwaan yang dikeluarkan pakatan pembangkang sebelum ini yang menyifatkan pembinaan Putrajaya sebagai pembaziran duit kerajaan dan meniru bangsa asing kerana wujud perkataan ‘presint’.
“Sebenarnya Putrajaya bukanlah satu pembaziran pembinaanya bertujuan menyediakan kemudahan untuk sebuah negara yang kian maju. Mereka juga pernah menyatakan untuk melelong Putrajaya.
“Saya dah belikan loceng untuk Nik Aziz supaya dia boleh duduk di hadapan masjid dan lelong, pada saya masjid di sini cukup sesuai untuk dijadikan pusat beli-belah. Tetapi sekarang mereka kata tidak mahu lelong Putrajaya sebab nak datang ke sini untuk dirikan kerajaan persekutan,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya Putrajaya dibangunkan untuk mendirikan kerajaan tetapi bukan untuk Nik Aziz, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sudah tentunya bukan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka tidak layak untuk berada di sini menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Dr Mahathir beberapa kali mengingatkan pengundi dan rakyat di Putrajaya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam memastikan Putrajaya kekal sebagai tempat di mana negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan