Selasa, April 09, 2013

PRU -13: Zamil pertikai tindakan Rafizi?


Kesungguhan luar biasa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam mempertahankan ketuanya, Anwar Ibrahim dengan menafikan pertemuan Ketua Pembangkang itu dengan Nur Misuari menimbulkan persoalan besar.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sedangkan Anwar sehingga kini tidak pernah membuka mulut berhubung dakwaan tersebut, apatah lagi membuat sebarang pengakuan bahawa beliau langsung tidak berjumpa dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu.

"Kita merasa hairan mengapa Rafizi beria-ia benar menafikan Anwar pernah berjumpa Nur Misuari sedangkan beliau tidak bersama Ketua Pembangkang itu semasa pertemuan mereka di Jakarta.

"Mengapa Anwar sendiri tidak membuat penafian itu? Jika Rafizi menafikan, sudah tentu beliau akan berani saman media antarabangsa yang membuat laporan bahawa ada pertemuan antara tiga dalang pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Baru-baru ini, pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Anwar dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri, manakala pertemuan kedua berlaku 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS).

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkaitan isu Sabah.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: