Calon Pas Parlimen Putrajaya, Husam Musa mengizinkan seorang penceramah bukan Islam melaungkan kalimah suci Bismillah dan bercakap mengenai hudud Pas dalam satu ceramah di sini malam tadi.
Penceramah yang memperkenalkan diri sebagai Raja Ratnam itu diimport dari Kelantan dan mendakwa dia beragama Hindu.
Dia mendakwa lebih memahami Islam berbanding orang Melayu di dalam UMNO, justeru dia terpanggil untuk berceramah kerana mahu membetulkan akidah orang UMNO.
Lebih dikesalkan apabila penceramah itu menyentuh mengenai kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Caves yang menurutnya mempunyai patung lebih besar daripada Dewa Murugan sambil berkata: Silap hari bulan orang Hindu ingat itulah tuhannya yang bernama Najib ."
Pada masa yang sama, penceramah itu dilihat cuba mempermain-mainkan kalimah suci, Bismillah dalam ceramah di Presint 18 Fasa R12 itu sambil mendapat sorakan daripada para hadirin yang rata-ratanya merupakan penyokong Pas..!
Dalam DAP mereka menerima hudud, ini orang bukan Islam dan kafir, tetapi parti UMNO tidak terima hudud, yang Melayu UMNO sembahyang lima waktu apanya?
Terpanggillah saya berceramah hari ini untuk betulkan akidah orang Melayu dalam UMNO, saya hendak sebut kalau salah tolong betulkan, Auzubillah himinaz syaitan nirajim bismillahirahmanirahim apa maksudnya? Faham ke tak faham?
Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam menegaskan tidak akan melaksanakan hudud di negara ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan yang tidak menunjukkan Malaysia negara Islam.
Nada yang sama turut disuarakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.
Raja Ratnam yang menerima sorakan kuat hadirin sejurus menyebut kalimah itu turut membaca terjemahan kalimah Bismillah dengan menyebut: Ya Allah selamatkanlah aku daripada godaan syaitan dan pandulah aku ke jalan yang benar, begitulah maksudnya,"
Dalam pada itu, dia turut menuduh BN parti rasis dan mengabaikan masyarakat India dan Cina selepas berkuasa.
Bila mana orang Melayu bagi sokongan penuh dan padu kepada UMNO terus dia lupa kepada India dan Cina, bila orang Melayu beralih sokongan kepada pakatan rakyat baru dia nampak yang gelap, sebelum ini dia tak nampak yang gelap.
Dia ( Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ) pergi Batu Caves yang punya patung lebih besar daripada Dewa Murugan, silap hari bulan orang Hindu ingat itu lah tuhannya yang bernama Najib," katanya.
Shahidana
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan