Selasa, April 09, 2013

PRU -13 : SAH...!!! Papa Gomo bakal GOMO Anwar di Permatang Pauh?




Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar. Belau berkata kepada pemberita di bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.


Kenyataan penuh dari Papa Gomo :

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh.

Papa Homo vs Papa Gomo

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: