Jumaat, April 26, 2013

PRU -13 : Nik Aziz@Pok Nik elok bersara daripada politik!


Keletihan dan pembatalan program di Johor, Ahad lalu adalah satu lagi bukti fizikal bahawa masa untuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat@Pok Nik bersara sudah sampai. Walaupun Pok Nik mengisytiharkan akan terus berpolitik dan memimpin PAS Kelantan, hakikatnya ialah badannya sudah tidak larat. Setiap tahun, beliau beberapa kali masuk-keluar hospital. Doktor suruh beliau berehat.

Selain keuzuran, Nik Aziz juga ada penyakit lain. Mata kurang nampak, telinga pun kurang mendengar. Beliau berjalan pakai tongkat, selalu juga kena pimpin supaya tidak terjatuh. Di Batu Pahat, beliau terpaksa didukung sejauh 100 meter untuk menghadiri satu majlis kerana tak larat berjalan.

Nik Aziz keturunan Raja Jembal. Bapanya ialah Raja Mohammad II atau dipanggil Nik Mat Alim Raja Banjar dan pengasas Sekolah Agama Darul Anwar. Ibunya, Raja Tijah, juga keturunan aristokrat. Pok Nik sendiri belajar daripada Tok Kenali di Kubang Kerian dan Tok Guru Abbas di Besut, seterusnya ke India, Pakistan dan Mesir.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, beliau mempertahan DUN Cempaka untuk penggal keenam. Beliau kalahkan empat Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang berbeza dalam pilihan raya. Ini satu rekod politik yang sukar ditandingi. Antara keunikan beliau sebagai pemimpin ialah mengajar di kawasan terbuka di Kota Bharu setiap Jumaat. Nik Aziz memiliki ilmu mantik yang hebat, justeru dapat mematahkan hujah lawan dengan analogi mudah.

Pentadbiran Tok Guru lemah

Pok Nik juga tokoh PAS paling kontroversi. Banyak dipertikai orang ramai ialah tafsiran al-Quran dan kenyataannya berhubung pelbagai isu berkaitan akidah. Beliau sering menggunakan bahasa kesat untuk menegur atau memarahi orang lain. Nik Aziz juga sensitif dan pongoh (panas baran). Malah, marahnya terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa masih ada. Dendamnya terhadap UMNO sampai Hari Kiamat, ini semua orang tahu.


Pada zaman kemuncaknya antara 1990-2004, kedudukan Nik Aziz tidak tergugat. Dia mempunyai karisma hebat. Pandangan dan keputusannya diterima tanpa soal oleh pemimpin dan penyokong PAS. Tapi, sejak 10 tahun kebelakangan ini, sudah ada suara yang mempertikai keberkesanan kepemimpinan dan pelbagai kenyataannya yang bercanggah dengan ajaran Islam sehingga ditegur mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pemimpin dan penceramah PAS kecut perut setiap kali Nik Aziz dikerumuni wartawan. Mereka tidak tahu apa lagi kenyataan kontroversi yang keluar dari mulutnya. Oleh kerana bila berlaku begitu, merekalah yang terpaksa memerah otak mencari hujah untuk merasionalkan kenyataan dan fatwa Nik Aziz yang menyeleweng dan mengelirukan.

Masalah air kotor, pengambilan tanah rakyat, penafian hak Orang Asli dan kerosakan alam sekitar dikaitkan dengan kelemahan pentadbirannya. Tindakan beliau menyokong Anwar Ibrahim (dan segala fahaman songsang yang dibawa serta kemelut moralnya) menyebabkan ramai penyokong PAS mempersoalkan pendirian beliau. Kerjasama politik berat sebelah yang menguntungkan DAP mencabar kesabaran pengikut parti.

Dikutuk orang Kelantan

Penentangan ulama dan guru pondok adalah manifestasi betapa seriusnya kredibiliti Nik Aziz terjejas. Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Nik Aziz sebagai ‘malapetaka kepada negara.’


Di Kota Bharu baru-baru ini, penulis mendengar sendiri komen orang Kelantan terhadap kenyataan Nik Aziz menghina penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Tok Guru dah mengarut ko, guano kecek lagu ni”, “Nyanyuk doh gamoknya Nik Aziz nih” dan seumpamanya. Sebelum ini, sukar mendengar orang Kelantan meluahkan pandangan begini secara terbuka di tempat awam. Malah, ada seketika, disebut Nik Aziz ada daulah, justeru peribadi beliau tidak boleh diburuk-burukkan.

Kepercayaan ini ditepis tokoh veteran, Datuk Ibrahim Ali. Dalam satu ceramah, beliau berkata: “Kalu betul Nik Aziz ada daulah, dah lamo mulut ambo ni renyot (senget) sebab ambolah yang paling kuat mengato ko Tok Guru. Tapi takdok renyot mulut ambo ni.”

Pemimpin PAS yang menatang Nik Aziz mungkin tidak mendengar rintihan rakyat atau cuba menafikan keadaan. Pada mereka Nik Aziz tetap kebal. Apa yang Tok Guru kata dan buat betul belaka.

Pujuk Nik Aziz berehat

Sepatutnya, mereka menghargai sumbangan Nik Aziz dengan cara yang munasabah. Eloklah dipujuk Nik Aziz supaya dia cukup rehat. Tidak perlulah dia dijaja ke sana ke mari dengan keadaan fizikalnya sebegitu. Menang atau kalah dalam PRU-13 ini Nik Aziz perlu dinasihati. Beliau tiada kudrat lagi untuk menggalas tugas berat.


Atau Nik Aziz sendiri takut melepaskan jawatan Menteri Besar dan Mursyidul Am? Apakah dia rasa tidak boleh memberi sumbangan tanpa jawatan dan kuasa? Kita faham semangatnya yang kuat, mungkin juga ada sifat kedegilannya yang ingin terus berjuang, namun pada umur 82 tahun dan uzur, sudah sampai masanya untuk beliau menyerahkan kuasa politik yang ada.

Mungkinkah PAS takut kalah dalam PRU jika Nik Aziz tidak memimpin? Keadaan ini memberi mesej seolah-olah PAS tiada pengganti yang mampu atau tiada pelan penggantian yang serius atau juga lebih buruk, tiada siapa berani menasihati Nik Aziz untuk berundur. Mungkin juga Nik Aziz tidak boleh ditegur. Ini serupa menjadikan Nik Aziz diktator dalam PAS atau mempunyai pengikut yang tidak berani bersuara. Persepsi ini memburukkan imej PAS.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

freemalaysiakini berkata...

Aksi yang dirakam ketika keganasan dicetuskan oleh penyokong politik ekstrem ------->>>>>>>> ohpilihanrayaku

Zul berkata...

Pokok pun boleh mati kalau 23 tahun minum air kotor. Bukankah setiap kehidupan itu di ciptakan Allah daripada air. Malah Jannah itu mengalir dibawahnya sungai-sungai. Kebersihan kan sebahagian daripada iman? DNA harus bertaubat dan memohon ampun dan maaf daripada setiap orang ahli UMNO kerana mustahil beliau boleh mengenali setiap seorang dari mereka.