Jumaat, April 12, 2013

PRU -13 : Selama 5 tahun memerintah Selangor, PKR 'cacatkan' Unisel?


Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan keratan akhbar mengenai janji-janji tidak tertunai kerajaan PKR Selangor. Selaku Pengerusi BN Selangor, beliau maklum tentang report card buruk kerajaan Selangor. Kalau disingkap dalam tempoh lima tahun ini memang nampak ketara 'cacatnya' pentadbiran negeri berkenaan. Kelmarin, Perdana Menteri menjadikan Selangor negeri pertama persinggahannya selepas menyempurnakan pelancaran aku janji atau manifesto BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketika mengupas kelemahan kerajaan negeri itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberi tumpuan kepada isu Universiti Selangor (Unisel).

Ini, kata Noh, untuk dijadikan pedoman kepada rakyat Selangor meneliti dan menilai kedudukan sebenar isu pendidikan yang hanya menjadi bahan momokan kerajaan PKR negeri di bawah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Malah, Abdul Khalid sebenarnya belum bersedia untuk memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyat Selangor.

Menurut Noh, kelemahan kedudukan kewangan Unisel dalam tempoh 2008 hingga 2012 dikesan menerusi Laporan "Credit Rating Rationale" yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Berhad pada Januari 2013.


Laporan ini dikeluarkan atas dasar kemudahan kredit yang digunakan oleh Unisel dalam menjalankan operasi pengurusan pentadbiran iaitu Kemudahan Pinjaman Bai' Bithaman Ajil Islamic Debt Securities sebanyak RM150,000,000 bagi tempoh 2008/ 2022. RAM Rating Services Sdn Bhd, merupakan sebuah badan atau agensi yang berperanan memberikan pandangan secara bebas dan profesional tentang penilaian kemudahan kredit oleh badan korporat, syarikat milik kerajaan, bank, syarikat multinasional dan entiti kewangan awam.

Berdasarkan Laporan kewangan 31 Disember 2009, jumlah pembayaran semula dari pinjaman Bai' Bithaman Ajil perlu dibuat setiap tahun dalam purata RM18 juta ke RM22 juta iaitu termasuk principal dan faedah. Kemudahan sejumlah ini ditandatangani oleh Unisel pada 22 Januari 2009.

Berdasarkan Laporan Kewangan 31 Disember 2009, berikut adalah pecahan rincian pembiayaian daripada RM150 juta yang telah diagihkan oleh UNISEL:

A. Butiran Pembiayaan RM

* Selesaikan Kemudahan Pinjaman 61,000,000

* Selesaikan pinjaman dengan kerajaan negeri 30,000,000

* Selesaikan tunggakan hutang dengan kontraktor, pembekal dan perunding bagi pembinaan UNISEL di Kampus Bestari Jaya 33,000,000

* Modal kerja 15,000,000

* Pra Tabung dan Kewangan 9,000,000

* Pembayaran yuran dan pembiayaian pelbagai perbelanjaan 2,000,000

JUMLAH KESELURUHAN: 150,000,000


B. Ringkasan Laporan RAM RATING SERVICES SDN. BHD.

* Pemeringkatan (Rating) yang telah diberikan oleh RAM adalah AA1(s)(Reaffirmed) yang membawa maksud Pendidikan Industri YS Sdn Bhd atau UNISEL disahkan semula masih mampu untuk membayar pembiayaian mengikut jadual yang telah ditetapkan.

* Walaupun ia disahkan semula berkeupayaan dalam pembayaran balik pembiyaian semula, namun berdasarkan pembacaan dan maklumat yang telah dicari (dilampirkan) di laman sesawang RAM Holding pada 28 September 2012, Unisel dikenakan pemeringkatan AA1(s) "Rating Watch". Iaitu bermaksud, di peringkat dalam perhatian RAM dan berjaga-jaga

* Ini kerana Unisel gagal dan tidak berkeupayaan dalam menyediakan informasi mengikut keperluan dan syarat yang telah dipersetujui. Tempoh yang diberikan pula adalah dalam jangkamasa tiga bulan untuk memutuskan dan menghuraikan maklumat yang diperlukan dan sekiranya gagal, tindakan penggantungan dikenakan.

* Namun begitu, Unisel mendapat sokongan daripada kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang mengeluarkan surat sokongan. Dan menyatakan kerajaan negeri memberi jaminan Unisel berkeupayaan menyelesaikan segala tunggakan hutang pinjaman, ekuiti, geran dan seumpamanya mengikut jangkamasa ditetapkan.


* Pada Mei 2011, kerajaan negeri menyatakan kesanggupan dan bertanggungjawab dalam memastikan Unisel membuat pembayaran sebanyak RM205.5 juta akan dibuat untuk bayaran 2012 ke 2022 iaitu termasuk prinsipal dan keuntungan.

* Namun begitu RAM berpandangan bahawa kerajaan Selangor harus dan perlu memberikan bantuan kewangan kepada Unisel sebagai penyelesaiannya.

* Untuk meningkatkan pemeringkatan (rating) ini bagi memastikan awam yakin dengan kestabilan Unisel, RAM mencadangkan beberapa perkara penting perlu diambil kira iaitu :"RAM yakin bahawa bantuan dan sokongan kerajaan negeri akan membantu Unisel untuk berdikari sendiri."

* Tetapi RAM berpendapat sekiranya Unisel berdikari tanpa sebarang bantuan, pihak Unisel tetap mempunyai kelemahan dan perlu menghadapi beberapa pemasalahan yang sedia ada wujud iaitu, penurunan jumlah pelajar, persaingan, kekerapan pertukaran Naib Canselor, kedudukan kecairan yang rapuh serta kekurangan aliran tunai dan ketidakpatuhan terma perjanjian BaIDS.

"Berdasarkan penilaian yang dibuat, Unisel merupakan penyumbang pendapatan terbesar bagi kumpulan Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. jika dibandingkan dengan INPENS.


* Tetapi sehingga tahun kewangan 2011, PIYSB mengalami kerugian yang paling besar nilainya dan ini datang dari Unisel manakala INPENS hanya mampu mendapat keuntungan sebelum susutnilai dan cukai sahaja.

* Dalam proses penswastaan Unisel, kerajaan Selangor membuat keputusan untuk mengambil tiga bidang tanah iaitu di Bukit Jalil, Sg. Buloh dan Batang Berjuntai (kini Bestari Jaya) dan menyerahkan kepada Maxisegar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Trinity Corporation Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Talam Corporation Berhad.

* Sebagai balasan, RM750,000,000 akan disalurkan untuk tujuan pembinaan, pembangunan dan penyelengaraan Unisel Kampus Bestari Jaya.

* Namun begitu, Maxisegar menghadapi masalah aliran tunai dan hanya mampu membayar 62% sahaja iaitu sebanyak RM465.5 juta daripada kontrak bernilai RM750 juta.

* Oleh yang demikian PIYSB mengambil alih mewakili kerajaan Selangor bagi memenuhi dan melengkapkan syarat yang telah ditetapkan oleh Bai Bithaman Ajil.

* PIYSB adalah milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan diperbadankan pada 1994.

* Unisel merupakan kumpulan yang menyumbangkan pendapatan yang terbesar dalam kumpulan PIYSB tetapi pada Disember 2011, Unisel merupakan penyumbang terbesar kerugian kepada kumpulan.


Justeru, Noh menarik perhatian mengenai persoalan yang timbul berdasarkan laporan berkenaan iaitu adakah pakatan pembangkang mampu menyediakan biasiswa pelajaran kepada anak Selangor dan pendidikan percuma serta penghapusan PTPTN seperti mana termaktub dalam rangka manifesto 2013? Dan Dari manakah sumber untuk membiayai pentadbiran dan kewangan Unisel dan adakah Unisel bersedia berdikari tanpa bantuan kerajaan Selangor?

Berdasarkan itu, Noh menarik perhatian mengenai laporan Laporan "Credit Rating Rationale" berkenaan berdasarkan bukti-bukti berikut:

1. Populasi bilangan pelajar Unisel menurun. - Di antara 2001 dan 2007, bilangan pelajar mencatat peningkatan tetapi sejak 2008, bilangannya menurun. Pada 2011, ia meningkat sehingga 47% iaitu 14,360 pelajar kerana pertambahan program baru iaitu program perniagaan dan pendidikan tetapi dalam tempoh 9 bulan 2012, bilangan pelajar menurun 30% .Antara faktor utama penurunan kerana dulunya pelajar 3 kredit dibenarkan masuk. Tetapi mulai 2009 syaratnya, 5 kredit.

2. Syarat kemasukan terlalu ketat

3. Bilangan staf bertambah dan kos bertambah. Pertambahan pensyarah juga memberikan kesan terhad kerugian dan masalah kewangan yang dihadapi oleh Unisel. Sehingga Disember 2011, bilangan pensyarah adalah 450 orang dan 21% adalah kontrak manakala sehingga September 2012, jumlahnya bertambah kepada 457 dan 19% adalah berstatus kontrak.

5. Pertukaran kerap Naib Canselor

- Ini menyebabkan kesukaran Unisel membuat penambahbaikan kepada pentadbiran kewangan dan operasi universiti.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: