Khamis, April 18, 2013

Skandal video seks mirip pemimpin Pas - Buktikan rakaman video fitnah?




Pas perlu membuktikan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sebagai satu fitnah atau video palsu bagi membersihkan imej Islam parti itu dan mengembalikan sokongan ahli di peringkat akar umbi.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sebagai parti yang menggunakan label Islam, Pas perlu segera membuat laporan polis bagi menjaga kredibilitinya di samping melakukan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan mengenai penglibatan Mustafa.

"Video ini sudah tersebar di seluruh dunia melalui internet dan Lajnah Tatatertib Pas tidak boleh hanya berdiam diri tanpa memanggil Mustafa memberikan penjelasan kerana sudah menjejaskan imej Pas.

"Ada juga cakap-cakap mengatakan video itu di antara Mustafa dengan isteri keduanya, jadi adakah jawatankuasa (disiplin Pas) hanya mahu menunggu Mustafa mengemukakan surat nikahnya, jika benar seperti didakwa.

"Sikap jawatankuasa ini yang hanya berdiam diri tidak boleh diterima kerana keadaan ini tidak adil kepada Mustafa jika dia difitnah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta Lajnah Tatatertib Pas yang diketuai Datuk Wan Mutalib Embong meneliti sama ada kes tersebut wajar dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti atau disiasat.

Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Kota Samarahan, Sarawak semalam mendakwa video tersebut tidak tulen kerana Mustafa sudah beberapa tahun sakit lutut dan terpaksa solat secara duduk.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

Pak Liwat berkata...

PAS xde kuasa tapi mempertahankan org yang tak betul. org yg tak betul patut dipecat dan bukan dipertahankan. klu dah ada kuasa esok lagi lah teruk menyalah guna kuasa.

DDL berkata...

Islam agama pelik. Ada video terang tanpa bersuluh lagi, pun x boleh buat apa2..

Aku risau itulah dalam benak kepala org2 bukan islam. Itukah parti yg kata memperjuangkan islam berlaku?

Bukanlah mahu pelaku dihukum qazaf. Tidak. Itu salah sama sekali. Cuma islam x pernah menolak teknologi utk pembuktian. Hujah tersebut sudah cukup utk melakukan sesuatu.

Gantung semua jwtan dan tugas sehingga nama dibersihkan. X pun pelaku meletakkan jwtan secara sukarela agar tidak membebankan parti.

Suka atau tidak, tiada apa2 tindakan dr pihak yg berkenaan, akan merumitkan lagi keadaan. Penyebaran akan berterusan.

Taminsari berkata...

Polis masih belum menerima laporan daripada mana-mana individu yang menafikan penglibatan dalam aksi video seks yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Pengarah Penyelarasan Pilihan Raya Umum Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (Kelantan dan Terengganu), Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, terdapat beberapa laporan yang dibuat, bagaimanapun hanya berhubung pengedaran cakera padat video itu di beberapa buah negeri termasuk Kelantan.

"Kita memang ada terima laporan berkaitan pengedaran namun tiada sesiapa lagi hadir untuk menafikan terlibat dalam video seks sehingga kini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, pihak polis ketika ini sedang memberi tumpuan untuk menyelesaikan kes berkaitan pihak yang mengedar dan memiliki rakaman video seks terbabit berbanding individu di dalam video berkenaan.