Isnin, April 29, 2013

Lahad Datu: Sambung tempur selepas PRU13?


Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.

Menurutnya, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.


Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

freemalaysiakini berkata...

Kisah anak derhaka kepada ibunya menjadi calon ,siapakah dia? boleh ikuti ceritanya di ......

PilihanrayakuPRU13