Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, April 05, 2013
PRU - 13 : Ikhlaskah simpati pembangkang?
'NAMPAKNYA' selepas misi mengekang dan membanteras saki-baki pengganas Kiram oleh pasukan keselamatan hampir selesai, pakatan pembangkang kini dikatakan cuba 'mengambil alih peranan' dalam isu itu.
Hakikatnya, kita rakyat Malaysia tidak akan lupa dengan gelagat pembangkang dan pengikut tegar mereka pada awal-awal krisis. Kita hanya mampu menggelengkan kepala membaca komen-komen segelintir anak muda di laman sosial yang menyifatkan wira kita sebagai 'mati katak' dan menghamburkan pelbagai kata-kata kesat.
Seolah-olah dirasuk, nyawa manusia dan kedaulatan negara tidak lagi membawa apa-apa erti kepada mereka. Mungkin kerana mereka benar-benar percaya kepada Tian Chua bahawa ini semua sandiwara UMNO.
Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih rumit daripada yang dijangka. Risikan pihak Filipina sendiri mendedahkan penglibatan pembangkang negara ini dalam pencerobohan tersebut.
Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai 'krisis sukar' itu menjadi satu 'insiden keganasan yang besar'. Malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila. Dan apa yang dikatakan 'tentera Sulu' itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin pembangkang di sini.
Dalam kita melengkapkan tahap keselamatan di Lahad Datu bagi membanteras kelibat pengganas Kiram, kegiatan dalaman pihak pembangkang juga harus diberikan perhatian serius.
Umum maklum tahap kemiskinan keluarga Jamalul Kiram III. Tetapi bagaimana mereka mampu melakukan serangan gerila terhadap Lahad Datu dengan kelengkapan persenjataan yang cukup. Itu belum mengambil kira kemudahan lain seperti bekalan makanan, pergerakan dan logistik.
Keberanian
Kerana itu, 'keberanian' Jamalul Kiram III tidak mustahil dilindungi oleh pihak tertentu membabitkan pemimpin politik tempatan.
Kita rakyat Malaysia sememangnya agak hairan mengapa tiada kenyataan mengecam pengganas Kiram dikeluarkan oleh mana-mana parti pembangkang. Melainkan kritikan terhadap pasukan keselamatan negara.
Di awal insiden, DAP sendiri memperlekeh pihak keselamatan kita sebagai lembab. Kemudian, adalah sedikit nada parti itu mengecam pengganas Sulu, namun sekutunya, Parti Keadilan Rakyat pula tidak henti-henti mengecam pihak keselamatan, pertahanan dan kerajaan Malaysia. Langsung parti itu tidak 'menjentik' pihak Kiram.
Walaupun kenyataan ketiga-tiga parti pembangkang setakat ini seolah-olah menunjukkan mereka tidak menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara, tetapi tidak seorang pun daripada mereka menempelak Tian Chua!
Sikap dan tindakan mereka ini menjadikan penyokong-penyokong mereka terus bingung dan keliru. Justeru, kebanyakan penyokong mereka memilih untuk berpegang kepada kata-kata Tian Chua iaitu semuanya hanya sandiwara.
Selagi tiada kenyataan dan kecaman rasmi daripada PR mengenai keganasan puak Sulu, dan selagi Tian Chua tidak diambil tindakan oleh kepimpinan PKR dan PR, selagi itulah penyokong pembangkang akan keliru, sesat dan buntu, merapu-rapu mengutuk wira-wira yang gugur. Dan selagi itulah penyokong mereka akan menjadi manusia tidak patriotik dan tidak punya perikemanusiaan.
Provokasi mana-mana pihak termasuk daripada Jamalul Kiram dan pihak Filipina tidak sekali-kali akan melemahkan kemampuan sebenar pasukan keselamatan negara khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan