Selasa, April 23, 2013

PRU -13 : Siapa yang sebenarnya 'hilang upaya' wahai Mat Taib, kamu atau UMNO?


Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mengisytiharkan menyertai Pas semalam tidak menunggu lama untuk turun berceramah apabila beliau muncul kali pertama bersama para pemimpin Pas dalam satu majlis di sini malam tadi.

Meskipun selama ini para pemimpin Pas pernah mengutuk pentadbirannya ketika menerajui Selangor, namun malam tadi beliau boleh duduk sepentas dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad.

Malah Muhammad berkata, selepas penampilan pertamanya sebagai ahli seumur Pas malam tadi, beliau akan menjelajah ke seluruh kampung di negeri ini bagi membantu pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"UMNO ada jasa, bukan tidak ada jasa tetapi sampai masa macam dah tidak boleh lagi, sudah hilang upaya," katanya.

Persolannya disini adalah siapa yang sebenarnya 'sudah hilang upaya'? Mat Taib ataupun UMNO!
Sama-samalah kita fikirkan..!!!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

PAS harap ke Mat Taib untuk belasah Anwar bila tiba waktunya.

kan dua orang tu ada hutang darah dan maruah yang belum berbayar.