Ahad, April 21, 2013

PRU -13 : DAP tagih simpati mahu guna lambang PKR, Pas?





Langkah DAP berkeras untuk menggunakan lambang dua rakan sekutunya dalam pembangkang iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan taktik untuk meraih simpati pengundi.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pihaknya hairan dengan sikap parti tersebut yang berkeras mahu menggunakan lambang Pas dan PKR biarpun Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membatalkan pendaftaran DAP.


"Kita pun pelik yang buat pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) ialah DAP, malah yang buat laporan terdapat penyelewengan pun ahli DAP tetapi mereka menuduh BN sebagai punca.

"Sebenarnya mereka ini hanya mahu menggunakan emosi pengundi kononnya kerajaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ROS zalim terhadap DAP," katanya ketika ditemui selepas solat hajat dan majlis bacaan doa selamat di rumahnya di sini hari ini.



Beliau mengulas pengumuman Pengerusi DAP hari ini yang mahu menggunakan lambang Pas di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya tidak dibenarkan menggunakan logo sendiri di hari penamaan calon esok.

Menurut Tengku Adnan, DAP dijangka terus menggunakan taktik seperti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) supaya keadaan menjadi kucar-kacir.

Sementara itu, mengulas manifesto BN Wilayah Persekutuan yang diumumkan semalam, katanya, manifesto tersebut dirangka demi kesejahteraan warga kota terutama dalam mengatasi masalah perumahan.

Katanya, manifesto itu juga merupakan aku janji BN bagi memastikan kesejahteraan penduduk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.



Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

For my girl... berkata...

have to agree... shame on you Lim Kit Siang!!!