Jumaat, April 05, 2013

Pemimpin DAP bangga tunjuk isyarat lucah?



Sikap biadab seorang pemimpin DAP menunjukkan isyarat lucah ke arah papan iklan gergasi Barisan Nasional (BN) yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam pelbagai pihak.

Dalam satu entri sebelum ini, para pembaca blog 'stopthelies' memberikan pelbagai pandangan mengenai gambar yang disiarkan pengendali blog itu mengenai isyarat lucah yang ditunjukkan oleh Ketua Publisiti Pilihan Raya DAP, Hew Kuan Yau tersebut.

Bagi seorang pembaca menggunakan nama 'Equalizer', beliau langsung tidak terkejut dengan tindakan Kuan Yau berkenaan kerana mendakwa sejak 2008, DAP telah mula merekrut dan menarik para pembuat kacau, samseng dan gangster menyertai parti itu.

"Para pemimpin mereka (DAP) sukakan golongan yang paling kuat membuat bising dan yang gemar berkelahi serta menganggap mereka 'hero' rakyat di masa hadapan.

"Sekarang parti mereka dipenuhi kotoran yang akan terpercik ke seluruh Tokong Lim dan bapanya," katanya dalam satu komen ke atas entri itu hari ini.

Gambar yang dipaparkan blog tersebut sebenarnya diambil daripada laman Facebook Kuan Yau yang disiarkan sejak 28 Mac lalu.

Dalam gambar tersebut, Kuan Yau yang memakai baju berlambang watak adi wira Hollywood iaitu 'Batman', dilihat tanpa segan silu menunjukkan isyarat jari tengah ke arah papan iklan gergasi BN, dipercayai di tepi sebuah lebuh raya.

Melalui akaun Facebook Kuan Yau, pemimpin DAP itu didapati turut menyertakan satu komen di bawah gambar tersebut dalam tulisan Mandarin yang disukai (Like) lebih 5,000 pengguna yang rata-rata dipercayai penyokong DAP.

Kuan Yau sebelum ini menimbulkan pelbagai kontroversi melalui siri ceramahnya seperti melabelkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang dianggotai orang Cina di negeri itu sebagai parti Orang Utan dan menggelar wartawan sebagai 'pelacur'.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: