Ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal (dua dari kanan) semasa menghadiri rundingan pertama Suruhanjaya Peralihan di Manila pada 3 April lalu. - AFP
Rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), dilaporkan menghadapi masalah yang mungkin mempengaruhi perjalanan proses damai tersebut.
Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan, MILF tidak berpuas hati dengan rundingan damai yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini kerana tiada satu pun daripada tiga lampiran daripada Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro, ditandatangani.
"Ada sesuatu yang tidak kena dalam rundingan itu," kata seorang anggota panel rundingan MILF, Maulana Alonto.
Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila panel rundingan kerajaan mengumumkan mereka memerlukan lebih masa untuk menilai lampiran tersebut, walaupun sebelum ini telah diberikan masa lebih sebulan untuk berbuat demikian.
Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung lampiran tentang perkongsian kemewahan, pemulihan dan perkongsian kuasa.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan berhubung program pembangunan kerajaan-MILF untuk masyarakat di Mindanao, Sajahatra Bangsamoro.
Ketua jururunding kerajaan, Miriam Coronel-Ferrer berkata, kerajaan perlu melakukan penilaian lebih mendalam ke atas draf ketiga-tiga lampiran tersebut, tindakan dilihat akan memastikan pelaksanaan lebih mudah dalam jangka panjang.
"Sama seperti MILF, kerajaan ingin menyelesaikan perjanjian komprehensif ini secepat mungkin. Namun, kami ingin mengambil sikap lebih berhati-hati daripada melakukan kesilapan,'' katanya dalam satu teks pesanan ringkas.
Portal berita luwaran.com yang memetik beberapa anggota panel MILF melaporkan, mereka berharap dapat menandatangani lampiran tentang perkongsian kemewahan pada rundingan damai terbaharu tersebut.- Agensi
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan