Khamis, April 25, 2013

PRU -13 : Pas tetap laksana hudud?


Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, Pas berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo Pas, bermakna DAP secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu.

Jelasnya, dalam mesyuarat yang diadakan, Pas sedia membenarkan penggunaan lambang parti mereka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak DAP untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

"Kalaulah betul SPR tak terima logo mereka (DAP), mereka guna logo Pas.

"Jadi penerimaan mereka pada logo Pas itu maknanya mereka setuju dengan dasar Pas. 'that's the answer'," katanya ketika menyampaikan ceramah Ibu Tunggal di Kampung Belukar, Guar Sanji di sini hari ini.



Menurut Haron, hukum hudud adalah asas perjuangan Pas dan dasar itu tidak boleh diubah.

Tegasnya, apabila tiba masanya, PKR atau DAP harus bertolak ansur dengan kehendak Pas untuk terus melaksanakan hukum hudud.

"Bila, di mana, apa dia terpulang kepada cara pelaksanaan, kita lihat dulu. Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada yang pegang kuasa ini tiga pihak iaitu Pas, DAP dan PKR.

"Mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa Pas kena beralah, ada masa kita menerima, ada masa kita memberi," katanya.

Pendirian Haron itu jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini memberitahu penggunaan logo Pas tidak bermakna parti itu menerima setiap dasar perjuangan Pas.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: