Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, April 24, 2013
PRU -13 : Bukti pemimpin DAP angkuh?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disifatkan angkuh selepas bertindak memekakkan telinga terhadap bantahan ahli-ahli akar umbi parti itu berhubung pemilihan calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, parti cauvinis Cina itu juga dilihat membelakangkan Perlembagaan parti tersebut selepas bertindak menempatkan ahli-ahli tidak berpengalaman sebagai calon.
"Dalam Perlembagaan DAP, seseorang yang akan bertanding di bawah parti itu perlu mempunyai tempoh keahlian sekurang-kurangnya 24 bulan atau dua tahun.
"Meskipun termaktub dalam Perlembagaan DAP, Guan Eng dengan angkuh membelakanginya dengan meletakkan calon yang menyertai parti tersebut tidak sampai dua tahun," katanya.
Beliau mengulas tindakan kira-kira 100 ahli DAP yang mengadakan demonstrasi semalam bagi membantah pengguguran penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa dalam pilihan raya umum akan datang.
Jenice semalam disahkan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN tersebut.
Jelas Lum Yong, kepincangan DAP dalam percaturan pilihan raya umum kali ini semakin jelas selepas berlaku penolakan besar-besaran ahli-ahli akar umbi yang prihatin dengan nasib parti tersebut.
Menurutnya, kepimpinan parti itu sepatutnya mendengar suara hati ahli mereka dan bukan terus menyombong diri serta meneruskan polisi-polisi mementingkan diri dan kroni mereka semata-mata.
"Pemimpin DAP perlu sedar parti itu semakin pincang, mereka tidak perlu bersikap bongkak kerana ego masing-masing, sebaliknya mengakui kesilapan percaturan sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli akar umbi," katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan