Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, April 23, 2013
PRU -13 : Pakatan Rakyat Di Ambang Kejatuhan Di Selangor?.
Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas.
Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.
Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.
Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.
Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.
Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India.
Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India.
Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.
Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Selagi ada Anwar menunjuk-nunjuk muka sebagai pemimpin, selagi itulah Pakatan akan terus dibenam!!!
sorry.
Catat Ulasan