Sabtu, April 27, 2013

PRU -13 : Karpal desak Anwar nyata pendirian tentang hudud, negara lslam?





Rasanya tak payahlah Karpal Singh nak tunggu pengakuan dari Anwar? Sebenarnya Anwar dari dahulu lagi sudah menolak negara Islam! Bak kata pepatah, sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Kedua-dua video diatas ada jawapannya dan Karpal sebenarnya pun sudah tahu, cuma mahukan pengesahan sahaja?

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendesak Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.

Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).


"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.

Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: