Ahad, April 07, 2013

PRU -13 : Peguam Negara perlu siasat rancangan bunuh Dr. Mahathir?


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk membuka fail siasatan apabila rancangan untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh beberapa ahli Pas yang kini terbongkar.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, namun alangkah malangnya nasib negara apabila Peguam Negara itu hanya berpeluk tubuh dan bersikap tunggu dan lihat.

Berikut adalah kenyataan penuh Ruslan:

1. Peguam Negara sepatutnya telah memberikan arahan kepada pihak polis untuk membuka fail dan memulakan siasatan apabila telah terbongkar rancangan untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh beberapa orang daripada parti Pas.

Tetapi alangkah malangnya nasib negara sebab Peguam Negara didapati hanya berpeluk tubuh dan bersikap tunggu dan lihat.

Kita ingin bertanya apakah selama ini pemimpin parti pembangkang adalah above the law daripada kaca mata Peguam Negara atau takut dengan bayang-bayang sendiri.



2. Kita dapat tahu bahawa sebelum ini pihak Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah pun memohon penjelasan daripada Peguam Negara sama ada beliau telah menjadi mangsa peras ugut oleh pihak pembangkang.

Kita mahu membantu beliau jika didapati betul ada pihak tertentu yang telah cuba untuk melakukan peras ugut ke atas Peguam Negara.

Demi kepentingan negara, maka Peguam Negara tidak boleh takut dengan bayang-bayang sendiri apabila berdepan dengan perbuatan salah laku daripada pemimpin pembangkang.

3. Dalam kalangan rakyat Malaysia ramai yang berpendapat dan beranggapan bahawa Peguam Negara seakan-akan takut dan seram dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Karpal pernah menuduh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai kaki liwat di Parlimen pada 22 Oktober 1997, buat kenyataan tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu serta laporan palsu di Balai Polis Bayan Baru pada 15 Disember lalu.

4. Kami ingin mengingatkan bahawa Gani perlu sedar yang beliau memikul amanah dan menjalankan tugas sebagai seorang Peguam Negara dan bukannya peguam dari syarikat guaman Ghani & Co., maka tidak perlu takut dengan Karpal ataupun mana-mana pemimpin pembangkang melainkan telah menjadi mangsa peras ugut.

5. Kita juga amat yakin bahawa tindakan Anwar untuk menyaman Peguam Negara beberapa tahun dahulu adalah salah satu daripada siri atau babak-babak sandiwara sahaja.

Tindakan ini samalah seperti beliau menyaman siapa sahaja yang mengaitkan namanya dalam isu-isu tertentu dan adalah taktik lama yang dilakukan bertujuan untuk menutup mulut, menakut-nakut serta mengalih pandangan rakyat semata-mata.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: