Sabtu, April 13, 2013

PRU -13 : Sanggupkah Mustafa Ali bersumpah demi menafikan pembabitan beliau dalam video seks?


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan pembabitan beliau dalam video seks yang kini tersebar luas dalam laman-laman blog. Katanya, beliau menyerahkan kepada para peguamnya berhubung pendedahan dan pembikinan video seks itu untuk tindakan lanjut.

Selain dari menyerahkan urusan tersebut kepada peguam beliau, mengapa Mustafa Ali sendiri tidak berani bersumpah demi menafikan perbuatan beliau? Adakah beliau takut 'dimakan sumpah'! Mustafa ditemui selepas berucap sempena majlis perasmian Markas Pemuda Pas Cawangan DUN Paka dekat sini malam tadi.

"Sudah-sudahlah saya dah bagi tahu, saya tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

"Not worth commenting (tidak berbaloi saya komen)," katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.

Dikatakan Mustafa akan menyampaikan ceramah di Markas Pas di Kampung Molek di sini. Pelik tapi benar, didalam keadaan sekarang pun Mustafa Ali masih sanggup tebalkan muka untuk menyampaikan ceramah! Masih ada rasa tidak malu untuk bertemu para pengikut walaupun hakikatnya beliaulah pelaku didalam skandal seks tersebut.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya turut membangkitkan perkara itu dengan menyalahkan UMNO yang didakwanya bertanggungjawab membuat fitnah terhadapnya. Beliau mendakwa, UMNO telah menggunakan media arus perdana untuk melakukan pembohongan.

Mustafa seterusnya menegaskan, beliau telah menyerahkan perkara tersebut kepada para peguamnya termasuk Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co.


Bagi penulis pembongkaran ini secara tidak langsung membuktikan bahawa video skandal seks itu wujud, rakamannya ada, pelakunya juga wujud, namun hanya identiti si pelakunya sahaja yang mengenali diri mereka jika mereka masih mahu menafikannya.

Mungkin benar video skandal seks tersebut melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang, mungkin juga orang lain yang menyerupai mereka atau pelanduk dua serupa.

Apa yang penting, tuan empunya diri yang terlibat dan mereka yang betul-betul mengenali identiti si pelaku termasuk ahli keluarga, boleh mengetahui siapa yang terlibat dalam video seks berkenaan.

Patutlah ramai yang terpaut untuk menjadi warga kerabat Parti Ajaran Sesat (PAS) ini kerana setiap malapetaka yang mereka hadapi atas angkara sendiri samada mereka sedar ataupun tidak, semuanya akan diletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO! Seolah-olah merekalah yang terlalu bersih sehingga tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Mustafa Ali boleh menipu ramai orang, tetapi beliau tidak bolah menipu diri sendiri termasuklah kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt itu maha mengetahui. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

Fairus Mohd Aziz berkata...

Bak kata orang kampung...
"Orang yang dah berak tengah jalan tak kan dia nak mengaku".

Saladin berkata...

saya mencadangkan supaya semua ulama-ulamak PAS atau Nik Aziz dan Hadi mengadakan sesi solat hajat agar pelaku yang terdapat di dalam vedio-vedio yang mirip Mustapaha Ali dan Anuar Ibrahim supaya dilaknat Allah s.w.t andai pelaku di dalam vedio itu bukan mereka.

hangkedee berkata...

Tak perlu solat hajat pok nik sudah SMS kepada Tuhan dia untuk cuci dosa...take beer!