Ahad, April 07, 2013

PRU - 13: Kit Siang 'liat' berundur demi kelangsungan politik anaknya?



Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap sebagai pemimpin paling 'liat' kerana masih bercita-cita besar untuk terus berkuasa walhal beliau sering mendesak pemimpin lain untuk berundur daripada arena politik.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Kit Siang 'gila kuasa' walaupun rakan-rakan seperjuangan beliau sudah lama mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru.

Tunku Aziz berpendapat, antara punca calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah itu tidak mahu bersara lagi adalah kerana mahu memastikan kelangsungan politik anaknya, Lim Guan Eng kekal dominan.

"Saya masih ingat bagaimana beliau sering mendesak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya berundur kerana sudah terlalu lama dalam politik. Bagaimana pula dengan diri sendiri? Cakap tidak serupa bikin.

"Cukup-cukuplah Kit Siang. Saya rasa sudah tiba masanya beliau bersara secara bermaruah daripada terus mengejar impian memerintah negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu rakyat menamatkan karier politik Kit Siang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR); Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dr. Mahathir berkata, politik pimpinan ketiga-tiga mereka hanya 'bersatu di permukaan' sedangkan hakikatnya mereka menipu sesama sendiri demi agenda politik masing-masing selain mahu menjadi Perdana Menteri.

Kata Tunku Aziz, perjuangan Kit Siang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi selain slogan retorik kononnya mahu berjuang membela nasib rakyat negara ini.

"Kit Siang telah berhempas pulas memastikan Guan Eng memegang jawatan tertinggi parti. Beliau juga telah memastikan Guan Eng menjadi ketua menteri. Itu adalah perjuangan Kit Siang," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: