Isnin, April 22, 2013

PRU-13: Zambry sifatkan tindakan Nizar gelarnya 'haram jadah' tidak bermaruah?


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarnya 'haram jadah' sebagai tidak bermaruah sebagai seorang Islam.

Beliau berkata, perkataan kotor seperti itu hanya akan keluar daripada seseorang yang berhati kotor.
"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama.

"Apakah agama Islam (membenarkan) menemplak, mencaci dan menghina orang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN Perak bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, hari ini.

Mohammad Nizar, calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dalam ceramahnya di Kampung Batu Sembilan, dekat Changkat Jering, semalam dilaporkan menggelarkan Zambry haram jadah dan mendakwa kononnya Pengerusi BN negeri itu memberi tanah kepada syarikat kroni dan orang tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming didakwa pernah menggelar Zambry sebagai 'hitam metalik'. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Fairus Mohd Aziz berkata...

Kita harus faham, Islam PAS dengan Islam UMNO lain.

UMNO menggunakan parti politik untuk memperkasakan Agama.
PAS meggunakan Agama untuk memperkasakan parti politik.

Islam UMNO mengikut sunnah Nabi.
Islam PAS mengikut sunnah Dajjal.