Selasa, April 16, 2013

PRU -13 : Video seks ada kaitan Anwarinas?

Husam 'Juling' calon PAS bagi Parlimen Putrajaya

Penyebaran video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkemungkinan besar didalangi puak Anwarinas yang sememangnya mahu menamatkan karier politik beliau.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli mendakwa, bahawa puak ini telah menyimpan rahsia hitam peribadi Mustafa kira-kira setahun lamanya dan menantikan masa sesuai untuk menjatuhkan beliau daripada terus memimpin Pas.


Berikut adalah kenyataan penuh dakwaan Khairul Anuar mengaitkan konspirasi puak Anwarinas untuk menjatuhkan Mustafa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini:

1. Nampaknya sekarang sudah terbongkar rahsia hitam peribadi Mustafa yang telah disimpan oleh puak Anwarinas hampir setahun lamanya. Baharulah kita faham bagaimana selama ini puak Anwarinas boleh peras ugut Mustafa. Beliau sepatutnya buat laporan polis tentang perkara ini lebih awal lagi jikalau tidak bersalah.

2. Sekarang nampak peluang beliau untuk menjadi calon bagi Parlimen Putrajaya terbang ikut tingkap. Waktu perbuatan puak Anwarinas ini memang tepat. Kita difahamkan bahawa dari awal lagi Mustafa bakal jadi calon bagi Parlimen Putrajaya tetapi nyata beliau kena checkmate oleh puak Anwarinas.

3. Kita hendak tanya apakah tindakan yang bakal diambil oleh Mustafa. Beliau ada dua pilihan iaitu meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas ataupun salahkan UMNO. Jikalau Mustafa mahu salahkan UMNO, maka beliau kena terlebih dahulu buat laporan polis serta angkat sumpah di masjid.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Blog Penyokong Kerajaan Bn berkata...

Harap dapat pautkan http://www.bntube.tk
blog saudara dah saya pautkan

Jom sama-sama berkempen untuk kemenangan BN pada Pru13 ini
Terima kasih