Isnin, April 08, 2013

PRU -13: PKR begitu terdesak sekali sehingga tipu surat sokongan?





Pembangkang bakal keluar surat palsu sokongan al-Qardawi

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut dan mendapati antara lainnya mengandungi surat sokongan kononnya daripada Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.

"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," dakwanya.

Beliau mendakwa demikian semasa berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini yang dihadiri lebih 15,000 orang.

Dalam pada itu, Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu turut menganggap antara jasa besar Dr. Mahathir kepada rakyat negara ini ialah memecat Anwar yang merupakan timbalannya pada 2 September 2008.

''Keputusan pecat orang yang beliau didik dahulu memang bukan mudah. Tetapi kalau Anwar tidak dipecat dan jadi Perdana Menteri pasti kedaulatan negara akan tergugat.

''Kebenaran juga telah ditunjukkan bermula dengan rakaman video China Doll dan video yang dipaparkan oleh laman blog Raja Goyang dan Papa Gomo," katanya.

Sumber : Minaq Jinggo

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

celana biru berkata...

Pastikan Dr Yusof Al-Qardawi maklum akan perkara ini dan mendesaknya supaya saman Anwar kerana mengeluarkan pengakuan palsu.
Baru dia akan rasa betapa pahitnya: You ulang, I saman you.

LIHAT BLOG berkata...

al juburi nak saman papagomo pun 100 juta,,pun tarik balik,,,tak de telor ke.......