Sabtu, April 27, 2013

PRU -13 : PAS PATUT HENTI JAJA HUDUD KEPADA MELAYU - DR ASRI


PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada AntaraPos.

"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri.

"Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya.

Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud.

"UMNO tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya.


Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR menolak undang-undang hudud PAS sebagai bercanggah dengan perlembangaan negara dan akan mencetuskan huru hara jika dilaksanakan.

Mereka berkata demikian setelah Timbalan Mursyidul PAS Datuk Haron Din sekali lagi memberi ketetapan PAS akan memperkenalkan undang-undang itu jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Asri membayangkan PAS silap langkah dengan menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu.

“PAS ini kita lihat kekurangan modal. Selama ini UMNO tidak pernah menggunakan isu hudud tetapi dia dapat meraih sokongan orang Melayu tetapi kenapa tiba-tiba PAS (fikir) hanya dengan hudud sahaja boleh meraih undi orang Melayu?” kata beliau.

Asri berkata sepatutnya PAS menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, namun memilih untuk memfokus kepada hudud sahaja.

"PAS boleh mencadangkan dengan buat perkara umpamanya pembangunan pengurusan zakat yang bagus, jadi masyarakat berkasih sayang yang baik dan patutnya ada modul yang PAS rancangkan dan bantuan untuk orang ramai yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

"Keadilan sosial di seluruh peringkat nasional dan bawah dan banyak perkara lagi yang PAS boleh wujudkan bagaimana hendak dikembangkan tetapi dia tidak cakap macam itu, dia cakap hudud saja.

"Kalau PAS cakap bagaimana hendak memulihkan remaja agar kembali kepada syariat Islam dan kembali kepada akhlak yang baik pun sudah ramai orang boleh suka kalau dia benar- benar ada satu program yang dia boleh buat untuk rakyat daripada dia sebut mengenai undang-undang yang payah tentang hukuman," katanya.

Asri turut menasihatkan agar PAS tidak berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan.

"PAS ini dia pilih benda sendiri yang keras dan menjadikan dia kelihatan keras oleh semua pihak. Dia dilihat sebuah kelompok yang konservatif macam mana gerakan Islam 80 an yang tidak mahu berubah padahal dia patut cakap banyak perkara," katanya.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

tokgaru berkata...

Isu Kalimah Allah

Tidak keterlaluan jika saya mentafsirkan, bila Nik Aziz dan Hadi Awang mengatakan Allah adalah God seperti yang terdapat dalam bible, mereka berdua sebenarnya nak beritahu kepada umat islam dinegara ini bahawa " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Melayu Masuk Kristian " dan juga " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Kristian Masuk Islam ".

Berdasarkan kenyataan Nik Aziz dan Hadi Awang tadi, tidak menjadi Murtad saya jika saya berfahaman bahawa, " Islam dan Kristian, Kedua2nya Adalah Agama Allah ".

Orang2 Pas sepatutnya menerima kenyataan bahawa, " Umno tolak islam " dan " Umno Kafir " sudah tidak relevan lagi. Hujah saya, Allah tuhan sembahan Nik Aziz, Allah juga tuhan sembahan Lim Guan Eng, dan Allah itu jugalah sembahan Najib. Melainkan tuhan2 tadi hanya sama pada namanya tetapi they are of different entity. Sama macam nama Mamat, dalam Pas ada ahli nama Mamat, dalam DAP pun ada ahli nama Mamat, dalam Umno juga ada ahli nama Mamat.

Adakah Allah yang Nik Aziz dan Hadi Awang maksudkan sebagai tuhan orang kristian itu sama dengan kisah Mamat dalam parti2 politik yang saya contohkan diatas tadi.

Orang Pas kena minta Nik Aziz dan Hadi Awang buat pencerahan dalam perkara ini.yhopalar

tokgaru berkata...

Isu Hudud

Ini adalah pakatan senyap2 diantara pemimpin Pas, PKR dan DAP untuk mendapatkan political mileage. Memang dirancang. Sorang kata nak laksana, sorang kata tak setuju dan yang sorang lagi senyap tak kata apa. Pas dan DAP pura2 bergaduh kerana Hudud. Hudud digunakan oleh Pas untuk meraih sokongan orang melayu terutamanya lebai2 kampong. Hudud juga digunakan oleh DAP untuk menakut2kan pengundi bukan melayu yang berfikiran jumut supaya terus memberikan undi kepada DAP.

Saya nampak Isu Hudud ini, Pas dapat untung, DAP pun dapat untung.

Tetapi bagi orang melayu dan orang bukan melayu yang celik Perlembagaan Persekutuan (Federal Constiution), mereka sikit pun tak ambil peduli. Sebab mereka tahu Hudud tak akan kemana2, tak lebih sebagai modal politik saja.