Sabtu, Mei 04, 2013

#PRU13 : Azmin meroyan gagal 'supply ice cream'..!!! Tidak pernah dengar dan tidak dapat terima hakikat orang kampung balik kebandar mengundi?


Tak pernah dengar ke atau sendiri yang tak mahu terima hakikat. Orang kampung yang datang balik ke bandar untuk mengundi adalah orang yang telah berhijrah ke kampung selepas bersara. Sebelum mereka bersara mereka memang mengundi di bandar tetapi mereka tidak menukar alamat selepas berhijrah ke kampong.

Mula-mula mereka ingat nak beristirihat saja tetapi oleh kerana tengok pembangkang sekarang semakin menjadi-jadi jahatnya, maka mereka yang sudah pulang ke kampong ini rasa terpanggil untuk balik ke bandar tempat mereka mendaftar dulu untuk memastikan pembangkang tidak jadi kerajaan.

Apa lagi melihat calon yang menderhaka kepada ibu seperti Azmin Ali ini menang. Sudah tentu dia akan ingat orang masih sokong dia walau pun dia seorang penderhaka.


Tinggal sehari sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tiba, Pakatan Rakyat (PR) terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan berhubung pemindahan sejumlah pengundi dari Sabah ke Selangor dan Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, SPR perlu menjelaskannya berhubung tiada penafian dibuat oleh BN.

“Rakyat sekarang sedang menuntut penjelasan daripada SPR. Mengapa satu jumlah yang begitu besar, diangkut daripada Sabah ke Selangor dalam beberapa hari yang lalu? “Perkara ini tidak dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tengku Adnan telah mengesahkan bahawa memang wujud pemindahan pengundi dari Sabah ke Kuala Lumpur dan Selangor dalam beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita  hari ini.


Beliau menegaskan bahawa alasan yang diberikan berhubung kehadiran penduduk Sabah itu tidak boleh diterima. “Tetapi alasan yang diberikan adalah mereka pulang untuk mengundi. Alasan ini kita tidak boleh terima. Saya belum pernah dengar orang kampung balik ke bandar untuk mengundi. Yang saya tahu, orang bandar balik ke kampung untuk mengundi.


“Tapi apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya. Orang-orang kampung pedalaman di kawasan Sabah, diangkut dengan cara yang cukup-cukup terancang dan tersusun untuk pulang ke kawasan bandar dalam negeri Selangor, khususnya,” katanya.

Beliau yang juga calon kerusi Parlimen Gombak mengakui jumlah yang disebut amat membimbangkan. “Jumlah yang kita dimaklumkan adalah terlalu besar. Kalau seratus atau dua ratus, kita mungkin boleh faham. Tapi kalau sehingga mencecah 39,000, ini satu perkara yang amat membimbangkan.

“Dan, SPR bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada rakyat, mengapa perkara ini boleh berlaku dalam saat-saat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya.


Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya sedang mengumpulkan maklumat dan bukti bagi memastikan orang yang tidak layak tidak mengundi, esok.

“Kita sedang mengumpulkan maklumat. Ada maklumat yang telah kita peroleh daripada pegawai-pegawai tertinggi MAS, termasuk juruterbang. Kami minta gambar-gambar dirakamkan.

“Kita juga sedang mewujudkan pasukan pemantau rakyat untuk mengekori bas-bas yang mengangkut pengundi-pengundi ini daripada lapangan terbang. Kita ingin tahu di mana mereka disimpan dan kita akan memastikan orang-orang yang tidak ada kelayakan untuk mengundi, tidak dibenarkan mengundi dalam PRU13,” katanya.

Namun Azmin tidak perlu risau kerana rakyat sudah tahu muslihat dan sandiwara yang dilakukan oleh Azmin selama ini. Azmin boleh menipu ramai orang, tetapi Azmin tidak boleh menipu diri sendiri. Bak kata salah seorang bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu baru-baru ini, ' bertaubatlah Azmin dan kembalilah kepangkal jalan'? Jangan jadi si 'Tanggang Moden' yang telah banyak melukai hati si ibu?

Renong-renongkan..!!!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

akulah69 berkata...

Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayahmu kepada mereka yang suka membuat fitnah. Jauhi mereka daripada menjadi munafik yg Kau Laknat...