Kini proses pengiraan sedang berlangsung. Proses pengundian ditutup pada jam 5 petang. Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.
Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (Dun) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan Dun Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.
Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu. Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan