Khamis, Januari 10, 2013

Haluan politik Pas kini semakin liberal?




Agak mencurigakan apabila ' bendera PAS ' dengan Khalimah Allah tergantung di dalam gereja TAHUN 1970-an dan 1980-an, dunia Islam disemarakkan dengan kemunculan fundamentalisme radikal yang berjuang menegakkan daulah Islamiah. Kejayaan revolusi Islam Iran pada 1979 meningkatkan lagi semangat golongan terbabit.

Namun, apabila runtuhnya Soviet Union pada akhir 1980-an, gerakan terbabit mula menukar pendekatan kepada yang lebih lunak dan liberal. Di Republik Islam Iran dasar lunak mula diperkenalkan apabila pada 1988, Khomeini mengeluarkan fatwa menggantung peruntukan syariah atas alasan maslaha atau kepentingan awam.

Liberalisasi politik ini memperlihatkan kesediaan golongan terbabit untuk bergerak masuk dalam aliran perdana, iaitu sistem demokrasi dengan mempromosikan apa yang dinamakan demokrasi Islam. Pelbagai istilah mula diperkenalkan seperti mujtama’al-madani (masyarakat sivil), huqud al-insan (hak asasi manusia), hurriyah (kebebasan) dan al-ta’addudiyah (kemajmukan) yang semuanya dikaitkan dengan demokrasi.

Slogan mengenai negara Islam tidak begitu ditonjolkan lagi. Liberalisasi politik dapat dikesan di Mesir, Maghribi, Tunisia, Algeria, Yaman dan beberapa negara Arab lain. Di Indonesia dan Malaysia, golongan fundamentalis yang berjuang melalui politik turut mengubah haluan dan pendekatan mereka.

Di penghujung era 1990-an, tuntutan terhadap reformasi demokratik berkumandang di Indonesia yang akhirnya menyaksikan kejatuhan rejim Suharto pada 1998. Pada 1998 itu juga berlaku reformasi jalanan di negara kita. Ia digerakkan oleh Anwar Ibrahim selepas beliau disingkir daripada kerajaan dan parti atas dakwaan liwat dan rasuah.

Reformasi jalanan terbabit melaungkan anti-Mahathir yang dianggap zalim dan bersifat diktator. Gerakan itu akhirnya melahirkan parti politik yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kes di Indonesia, dua kumpulan Islam iaitu Muhammadiah dan Nahdatul Ulama turut memainkan peranan dalam tuntutan reformasi demokrasi. Mereka cuba mengekang kuasa rejim Suharto yang dituduh bersifat authoritarian. Di negara kita, Pas turut memberikan sokongan terhadap perjuangan reformasi jalanan atas alasan kononnya menentang kezaliman Mahathir dan Umno terhadap Anwar.

Ketika itu Pas dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadhil Noor, seorang tokoh politik yang dihormati dan disegani. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Bertolak daripada sinilah, Pas terus sedikit demi sedikit berubah dari sebuah parti bersifat fundamental kepada yang lebih liberal.

Perlu difahami bahawa pengertian fundamental atau al-ushuliyyah merujuk kepada fahaman pelaksanaan agama yang berasaskan kepada tafsiran literal sesuatu teks. Maksud al-Ushuliyyah dalam pengertian Islam adalah daripada akar kata ‘al-Ashl’ bererti bahagian paling dasar daripada sesuatu. Bentuk jamak (plural) ashl adalah Ushul. Kata ashl (fundamental) juga memberi pengertian dasar atau pangkal (Dr Muhamad Imrah, Perang Terminologi Islam versus Barat, 1998).

Justeru, tidak hairanlah apabila Pas mula dikuasai kelompok muda radikal pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka suara dan prinsip perjuangan parti itu sangat berpegang kepada pemahaman tekstual ayat-ayat al-Quran sehinggakan beliau menghukum sesiapa yang berbaik-baik dan bekerjasama dengan orang kafir dalam urusan politik adalah haram, malah ‘kafir’.

Beliau menyerang Umno dengan keras sehingga timbul kontroversi isu ‘Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang’ yang mengkafirkan Umno. Ketika itu, Hadi dengan semangat revolusi Iran begitu tegas memperjuangkan Daulah Islamiah (negara Islam) dan hukum hudud.

Namun, sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004), Pas tidak lagi menonjolkan isu negara Islam dan hudud. Dalam pilihan raya itu, Pas mula menggunakan beberapa slogan seperti ‘negara kebajikan’ dan ‘masyarakat sivil’. Pas sudah bersedia untuk bekerjasama dengan DAP.

Jelas bahawa Pas mula lari daripada prinsip perjuangannya yang tidak mengizinkan bersekutu atau bersama dengan golongan bukan Islam. Selain itu, Pas turut menerima perjuangan PKR yang memperjuangkan hak-hak sivil rakyat secara yang lebih liberal.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, suara Pas semakin liberal dan lunak sehingga bersedia membentuk satu pakatan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat merangkumi PKR, Pas dan DAP. Kini, semakin terbukti bahawa demi kuasa, Pas bersedia mempertahankan DAP walaupun beberapa pemimpin muda parti itu cuba menghina dan memperlekehkan Islam.

Penulis kira soal mereka jahil bukan alasan untuk membiarkan mereka menghentam Islam sesuka hati. Pemimpin muda DAP seperti Lim Guan Eng, Ronnie Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Fook sekurang-kurangnya tidak jahil mengenai Islam sebagai agama rasmi negara dan wujudnya larangan hasutan berhubung isu-isu sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka jahil mengenai fasal penting dalam Perlembagaan, sewajarnya mereka tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan negara. Justeru, amat mendukacitakan apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membela mereka semata-mata atas kepentingan politik menyebabkan DAP berlagak seperti ‘kaduk naik junjung’.

Sebenarnya, ketika era kepemimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, Pas bersifat reformis dan nasionalis. Ketika itu tidak berbangkit idea mengenai Daulah Islamiah. Gagasan yang dibawa adalah ‘nasionalisme Melayu dengan cita-cita Islam’. Buktinya, cadangan pembentukan sebuah negara Islam ditolak pada kongres Pas 1954.

Satu lagi bukti ialah pada pertengahan 1970-an Pas di bawah Datuk Asri Muda bersedia menjadi komponen dalam Barisan Nasional (BN). Ketika Pas bersama BN, Anwar yang mengasaskan dan memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengkritik kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein yang dikatakan bersifat autokratik dan tidak Islamik.

Pada 1981, Hadi mula mewarnai dan mencorak pendekatan Pas ke arah yang bersifat radikal dan tidak berkompromi sama sekali dengan Umno, apatah lagi dengan DAP. Namun, hari ini semuanya sudah berubah dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai perjuangan parti itu.

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu : "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara".

Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan : "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :

"Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

"Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW". - Prof. Zulkifli Mohamad

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik.

Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa. Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri.

Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS. Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS.

TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: