Selasa, Januari 01, 2013

Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?



Setelah PAS mengambil alih urusan pentadbiran negeri Kelantan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1990 sehinggalah sekarang tahun 2013, banyak kelemahan dan keburukan terlihat pada cara PAS mentadbir negeri itu!

PAS tidak mempunyai perancangan yang jelas dalam menyusun pentadbiran kerajaan negeri. Perlembagaan negeri Kelantan yang didakwa sekular tidak pernah dipinda untuk menjurus kepada pentadbiran Islam seperti yang dijanjikan dalam Pilihanraya 1990.

Mereka menjalankan pentadbiran mengikut selera dan keadaan yang sedia ada. Undang-undang hudud yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan dalam Pilihanraya 1990 dibuat bagaikan melepas batuk ditangga, sama sekali tidak mencerminkan hudud Islam yang boleh menjamin keadilan kepada rakyat Islam dan bukan Islam. Undang-undang tersebut ditolak oleh Parlimen kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. PAS secara sepontan menuduh kerajaan menentang hukum Islam (hudud).

Sebaik saja PAS berkuasa, ia bertindak memecat imam-imam masjid yang disyaki menyokong UMNO. Malah yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik tetapi mempunyai kelayakan yang baik, cuba disingkir oleh Pas untuk digantikan dengan imam lain. Akhirnya masyarakat bertelagah sesama sendiri, menyebabkan ada yang tidak mahu pergi ke masjid.


Wakil-wakil rakyat PAS langsung tidak berusaha mewujudkan projek-projek kecil untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat. Segala kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh rakyat Kelantan sekarang ini, seperti jalan raya di kampung-kampung, elektrik, air dan sebagainya adalah peninggalan kerajaan BN yang memerintah sebelum 1990.

Usahkan kerajaan PAS hendak merancang projek-projek baru, masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat Kelantan sampai hari ini belum dapat diselesaikan. Ini menyebabkan Kerajaan Pusat terpaksa meminjamkan wang sebanyak RM600 juta untuk menyelesaikannya. Namun hasilnya amat menyedihkan!

Segala bangunan-bangunan yang tersergam indah di Kota Bharu seperti Balai Islam, Masjid Negeri di Kubang Kerian dan Kota Darul Naim yang menjadi kebanggaan pemimpin PAS dan umat Islam di negeri itu adalah hasil usaha kerajaan BN yang memerintah sebelum 1990.

Projek-projek baru yang dapat mengubah keadaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS tidak ada yang dapat dibuktikan, melainkan papan-papan tanda yang bertulis kalimah-kalimah suci yang didirikan di tepi-tepi jalan. Ia didirikan untuk menunjukkan inilah negeri pemerintahan Islam, sedangkan pembentukkan sebagai sebuah negeri Islam kosong sama sekali, malah difahamkan beberapa buah sekolah agama telah ditutup oleh kerajaan PAS kerana mereka tidak mampu mengeluarkan bantuan.


Membuka kawasan pembalakan secara besar-besaran di Kelantan dengan memberi permit kepada orang-orang yang dekat (kroni) dengan pemimpin PAS. Adalah difahamkan PAS mempunyai peruntukan berjuta-juta ringgit dalam menghadapi pilihanraya akan datang hasil pendapatan daripada industri ini.

Semasa PAS memerintah Kelantan pada tahun-tahun 1960-an, kuasa-kuasa pembalakan dipajak kepada syarikat daripada Singapura. Akhirnya apabila kerajaan BN berkuasa pada tahun 1974, ia telah menebus kembali kawasan pembalakan yang berkenaan dengan kos yang mahal.

Pemimpin-pemimpin PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan politik secara berlebih-lebihan, sedangkan dari segi amalan dan tindakannya jauh daripada kenyataan. Sebagai contoh dalam kes khalwat Mat Sabu, PAS sanggup bertindak mencari jalan untuk melepaskannya daripada dikenakan hukuman oleh mahkamah. Ada bukti-bukti yang kes itu satu kenyataan yang tidak dapat dielakkan, namun Nik Aziz sendiri sanggup menyatakan Mat Sabu diperangkap. Jika tidak Mat Sabu lah pemimpin pertama PAS yang bakal dikenakan hukuman HUDUD PAS Kelantan!

Wakil-wakil rakyat PAS didapati bersenang lenang, ke sana ke mari dengan kereta mewah dan gajinya yang besar, tetapi jarang sekali kelihatan mengunjungi rakyat di kampung-kampung kerana mereka takut rakyat meminta projek, sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai banyak projek untuk rakyat. Mereka pergi ke kampung-kampung hanya untuk memberi ceramah-ceramah supaya rakyat Kelantan taksub dengan fahaman PAS.


Pemimpin-pemimpin PAS tidak kurang mengadakan banyak lawatan ke luar negeri, bukan untuk menarik pelabur-pelabur ke Kelantan supaya rakyat mendapat lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi untuk mendampingi para pelajar dan orang-orang tertentu supaya menyokong PAS. Tidak hairan jika ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar daripada negeri itu untuk mencari pekerjaan sewaktu pemerintahan PAS.

Inilah antara bukti-bukti kelemahan PAS semenjak memerintah negeri Kelantan dan kelemahan-kelemahan ini tidak dapat dinafikan. Yang peliknya rakyat Kelantan masih banyak yang menyokong PAS kerana mereka tidak sampai hati untuk menolak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar dengan serban dan jubahnya, malah begitu lembut dan mesra pergaulan dengan rakyat. Sedangkan kebanyakkan pemimpin PAS yang lain itu hanya indah khabar dari rupa?
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: