Jumaat, Januari 18, 2013

Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah - Matthew 14:33.?



Saranan Lim Guan Eng (dia Kristiankah?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T yang semudah ini pun mereka boleh memberi pendapat yang salah?

Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan menjadi kalimah "Allah S.W.T."?

Mari penulis tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Penulis sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health - (John 3:16).

"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).

"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah" (Matthew 14:33).

Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakkan"?

Atau mereka ini sanggup menggadai kesucian agama demi kepentingan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam? Bertaubatlah dan mohon keampunan-Nya. Guan Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bible tidak akan menanggung apa-apa.

Sebaliknya, orang Islam di bawah pimpinan sesetengah ulama dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka. Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.

Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai anak? Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau "Lord".

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan kita.

Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: