Ahad, Januari 06, 2013

Haji Hadi tidak mengaku 'Amanat' panas adalah Amanat Hadi malah menyalahkan UMNO pula?



Ketika pelbagai pihak tidak putus-putus mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya pada tahun 1981, Presiden Pas itu tampil sambil mendakwa bahawa beliau tidak pernah menamakannya sebagai Amanat Haji Hadi.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ada pihak tertentu yang memanipulasikan ucapan beliau mengenai perkara itu sekali gus menamakan serta menguar-uarkannya sebagai satu amanat yang dikenali Amanat Haji Hadi.

Beliau seterusnya mengakui menyampaikan ceramah di Banggol Peradong, Manir dekat sini pada tahun 1981 dan kemudiannya membawa petikan ucapan mengenainya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun yang sama.

Saya tak beri amanat, orang lain yang beri amanat, yang beri amanat termasuk UMNOlah. Dia telah petik ucapan saya dan dibentangkan dalam DUN. Ketua biro agama yang bentang.




Kenapa masa itu tak hujah, ini sudah 30 tahun baharu nak hujah," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat jenazah Allahyarham Tengku Zaleha Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di pekarangan Masjid Abidin di sini hari ini.

Yang hadir sama, anakanda Allahyarham iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah.

Abdul Hadi mengulas bantahan pelbagai pihak termasuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam agar Amanat Haji Hadi perlu dibanteras kerana jelas terbukti telah menimbulkan banyak masalah dan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghantar surat kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanat tersebut.

Saya tak terima surat daripada Majlis Fatwa, saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Tak panggil saya pun. Saya tak dengar dan surat rasmi pun tak ada, atas angin saja. Mana boleh atas angin begitu," ujarnya.

Ibarat baling batu sembunyi tangan. Sudah banyak memecahbelah aqidah umat Islam dinegara ini, tetapi masih tidak mahu mengaku akan kesalahan sendiri? HamPAS...!!!

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

usin berkata...

'org besar' tidak semestinya berjiwa besar. mengakui kesilapan dan meminta maaf adalah kepunyaan manusia berjiwa besar. hj hadi berjiwa besarkah?

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia.Jika Hj Hadi dah kata itu bukan "amanat",kenapa dibiarkan ahli-ahli PAS mencetak dan mengedarnya dengan meluas.Sepatutnya dihalang.Berkaitan fatwa,bukan kerja Majlis Fatwa untuk hantar surat ke Hj Hadi.Majlis Fatwa hanya keluarkan fatwa.Tindakan adalah dari pihak berwajib yang lain.Semoga beroleh hidayah.

wasabi berkata...

Umat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Disember tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

"Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan," katanya.