Isnin, Januari 14, 2013

Anwar perlu serah semula pingat?



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim perlu menyerah kembali semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana perlakuan politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Ketua Pembangkang itu juga sebenarnya sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya yang mengguris hati raja-raja Melayu.

Sebelum ini Anwar terus menghina institusi istana apabila dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.

Dalam krisis politik Perak sebelum ini, Anwar dilihat merestui perbuatan biadab Karpal Singh menghina Sultan Perak.


Sebelum ini Anwar sekali lagi melukai hati raja-raja Melayu apabila berkata pingat itu tidak akan diserah, sebaliknya diletakkan di pagar supaya boleh diambil balik.

"Hanya individu biadab dan mengkhianati bangsa yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramah politiknya di Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir sebelum ini berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.


Ketua Pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil balik oleh pihak berkaitan.

Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: