Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Januari 19, 2013
Jangan Sampai Anak Benih Patrick Teoh Bercambah- Hassan Ali!
Terdapat satu lagi isu yang kini hangat diperkatakan menerusi laman sosial. Isu tersebut melibatkan Patrick Teoh seorang pengamal seni dunia hiburan yang terkenal di negara ini.
Dalam kekecohan dan kehangatan masyarakat memperkatakan isu kalimah Allah dan Amanat Hj Hadi, tiba-tiba muncul Patrick Teoh menyuarakan pendapat yang sangat bertentangan, menghina Islam dan menghiris hati orang-orang Melayu Islam khasnya. Beliau yang memberi komen mengenai peraturan yang dibuat oleh kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan kandungan, susunan, cara serta pengisian sambutan Tahun Baru Cina yang hendak diadakan di Alor Setar sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina bulan Februari ini.
Dalam kenyataannya Patrick Teo mempersoalkan tentang etika berpakaian di kalangan peserta yang bakal menjayakan majlis itu, lagu bersifat motivasi dan dengan lantang mempersendakan solat lima waktu, wanita bertudung dan menghina Al-Quran. Beliau seolah-olah mencemuh dan meremehkan peraturan yang dikeluarkan dan menganggap peraturan sedemikian tidak selari dengan selera masyarakat majmuk di Malaysia. Apa yang menakjubkan manusia yang berhemah itu mengguna dan mengulang-ulang perkataan lucah pada darjah tertinggi yang tidak sanggup saya turunkan.
Setakat yang saya layari laman-laman sosial yang ada, di kalangan artis-artis sendiri terdapat mereka yang menempelak pendapat Patrick Teoh seorang yang bukan Islam cuba mempersoalkan peraturan-peraturan yang sedikit mencerminkan unsur-unsur keislaman yang didapati begitu serasi dengan masyarakat yang majoriti besarnya adalah Melayu Islam seperti di Kedah.
Sepanjang saya mengikuti kerjaya Patrick Teoh dalam bidang seni, beliau bukan merupakan seorang yang bermasalah. Dalam banyak hal beliau banyak menyumbang kepada kemajuan dunia seni dan perfileman Melayu khasnya. Sudah tentu majoriti peminat Patrick Teoh ialah dari kalangan masyarakat Melayu Islam sendiri.
Saya cenderung mempercayai bahawa perubahan yang agak mendadak dari segi pemikiran dan sikap Patrick Teoh itu adalah disebabkan oleh penglibatan beliau dalam dunia politik diakhir-akhir ini. Beliau dikatakan terlibat secara langsung dalam program-program politik anjuran DAP. Sesetengah pimpinan DAP memberi sanjungan yang tinggi terhadap Patrick Teoh sehingga beliau dikatakan berpotensi besar untuk menjadi ahli politik yang berwibawa.
Jelas kelihatan bagaimana contoh seorang yang tidak ada kecenderungan politik (a-political) sebelum ini yang telah mengukir nama dibidang profesionalnya, tiba-tiba menjadi begitu lantang, cauvinis dan rasis dalam menyuarakan pandangan mengenai sesuatu isu hingga lupa dan lalai memberi pertimbangan terhadap kewajaran pandangan sedemikian.
Inilah bahananya jika seseorang merelakan dirinya dijadikan alat politik oleh parti politik yang cauvinis dan rasis yang sememangnya membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berbakat untuk dijadikan orang-orang hadapan (frontliners) untuk menyuarakan ideologi parti tersebut.
Saya berpendapat tindakan yang tidak bijak oleh Patrick Teoh akan mengudang padah dan akan mencalarkan imej baiknya dikalangan peminat-peminat masyarakat Melayu Islam. Kedua, saya yakin parti yang cuba menunggangi Patrick adalah untuk kegunaan terdekat terutama menjelang PRU ke 13.
Mereka tidak mengambil banyak perhitungan kepada karier dan sumber rezeki Patrick Teoh. Ketiga, saya tidak fikir parti berkenaan berupaya mempertahankan Patrick Teoh daripada serangan berbagai pihak kerana parti berkenaan sudahpun mempunyai timbunan isu yang sebahagian besarnya belum ditangani.
Saya berharap pihak-pihak yang berwajib tidak memandang ringan isu ini dan perlu segera mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kelancangan Patrick dalam menghina Islam supaya tidak akan tumbuh lagi anakbenih-anakbenih seperti Patrick Teoh yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan keamanan di negara ini.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Mmg Haram Jadah Patrick Teoh!! Kebebasan Bersuara konon!!! Ni la akibatnya kebebasan bersuara tiada had!!! DAP mmg racist!! Lagi mau pilih dia!!! Sapa pilih parti racist ni mmg la tak sayang keturunan!!!
Bersatulah kita memusnahkan musuh Islam. Musuh Islam adalah musuh Allah S.W.T. Jahanam Kafir Harbi dan sekutunya. Allah Akhbar
Melayu masih belum sedar...ramai ambil mudah kenyataan patrick teoh. Hinaan kepada agama Islam ibarat hinaan ke Rasulullah SAW dan Allah SWT tapi hanya beberapa orang menyuarakan bantahan. Kerajaan terutamanya PDRM serta menteri kdn hishammuddin kerispondanmudin membisu seperti biasa...
Melayu masih belum sedar...ramai ambil mudah kenyataan patrick teoh. Hinaan kepada agama Islam ibarat hinaan kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT tapi hanya beberapa orang menyuarakan bantahan. Kerajaan terutamanya PDRM serta menteri kdn hishammuddin kerispondanmudin membisu seperti biasa...
Balas
Catat Ulasan