Khamis, Januari 03, 2013

Siapa sebenarnya Assabiyah, PAS atau UMNO?



Assabiyah menurut pengertian yang sebenarnya ialah satu sikap ta’asub atau fanatik yang melahirkan sikap ego dan bangga terhadap dirinya, kumpulannya dan keluarganya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.

Sikap ta’asub dan fanatik ini telah wujud dan hidup subur dikalangan masyarakat jahiliah. Oleh kerana sikap inilah mereka hidup berpuak puak dan bermusuhan antara satu sama lain sepanjang zaman.

Apabila datang Islam sikap ta’asub dan fanatik ini telah dihapuskan dan diganti dengan sikap muhibbah dan kasih sayang sesama manusia untuk mencapai kemajuan, keamanan dan perpaduan sejagat umat Islam (Ukhwah Islamiah). Antara ajaran ajaran Islam untuk menghapuskan sikap ini iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-

"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru menghidupkan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana assabiyah".

Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah".

Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walaubagaimanpun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap taasub yang semata mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: