Rabu, Januari 02, 2013

PAS Kelantan hanya pandai pukul tin kosong?



PAS Kelantan sentiasa menuduh Kerajaan gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Ini sememangnya sifat semulajadi PAS yang sukar mengakui apa juga pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional, sebaliknya PAS lebih gemar mengungkit perkara yang sekecil hama untuk dijadikan modal politik. Agama Islam yang sentiasa menjadi senjata utama PAS sering dipropagandakan.

PAS dengan lantang mendakwa bahawa ia akan memperjuangkan pembangunan Islam namun apakah bukti yang PAS boleh tunjukkan yang ia telah mengotakan apa yang dijanjikan? PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun antara 1959-1978 dan 13 tahun antara 1990 hingga hari ini. Kalau benar PAS telah berjaya menjadikan orang Kelantan lebih Islam, adakah ini bermakna rakyat Islam Malaysia di luar Kelantan kurang Islam di bawah Barisan Nasional?

Adakah imam dan ketakwaan orang Islam di luar Kelantan jatuh disebabkan tidak berada di bawah pemerintahan PAS? Adakah masjid dan surau di Kelantan hari ini penuh sesak dengan jemaah kalau dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain?


Persoalan ini perlu dijawab oleh PAS bagi membuktikan PAS memperjuangkan Islam. Namun dalam memperjuangkan pembangunan untuk rakyat ternyata PAS tidak mampu bersuara bagi membuktikan hakikat ini. Segala pembangunan yang ada di negeri Kelantan pada hari ini adalah sebenarnya projek pembangunan yang dijalankan oleh UMNO.

Pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan PAS termasuklah :

1. Membina jalanraya besar seperti Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang dan Jeli – Gerik supaya Kelantan lebih maju. Jangkamasa perjalanan dari KL ke Kelantan telah dikurangkan dari 12 jam semasa Kelantan di bawah Pas.

2. Memajukan kilang-kilang, industri-industri, bandar-bandar baru dan perkampungan moden agar rakyat Kelantan mendapat pekerjaan dan kesenangan hidup. Semasa di bawah pemerintahan PAS, kebanyakan anak-anak muda Kelantan berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari nafkah kerana tiada kerja di negeri sendiri.

3. Menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk mempergiatkan usaha-usaha untuk membangunkan ugama dan umat. Semasa PAS, pentadbiran Islam diletakkan di bawah pengendalian Bahagian Am Setiausaha Kerajaan Negeri dengan tenaga sokongan hanya seorang kerani.

4. Melaksanakan Enakmen Keluarga Islam pada 1 Januari 1984 untuk mengemaskini undang-undang nikah kahwin dan kekeluargaan serta menyelesaikan masalah-masalah mengenainya. Sebelum ini, perkara-perkara tersebut hanya diletakkan di bawah kuasa imam-imam sahaja.

5. Menubuhkan Yayasan Islam Kelantan pada 1 Mac 1983 untuk mempertingkatkan pengajian Bahasa Arab dan agama. Yayasan ini bertanggungjawab menyediakan kemudahan tempat belajar, bantuan kewangan dan tenaga pengajar yang terlatih.

6. Pada 9 Februari 1984, sebuah pengajian pondok moden telah dibuka di Pantai Kandis, Bacok dengan tujuan untuk menghidupkan sistem pondok PAS yang telah lama mati kerana tak terurus.

7. Pada 1984, Pusat Bahasa Arab ditubuhkan. Ianya untuk memperluaskan pelajaran bahasa. Pusat ini mempunyai asrama tiga tingkat dan 500 pelajar, perpustakaan lengkap, dewan syahrahan dan lain-lain.

8. Kompleks balai Islam didirikan di Jalan Lundang, Kota Bharu.

9. Mendirikan Hospital Universiti Kubang Krian, Akademi Islam Universiti Malaya, sekolah-sekolah asrama penuh dan sekolah-sekolah teknik.

Pembangunan ini adalah di antara yang diperkenalkan oleh UMNO kerana Kelantan ketika itu berada di dalam keadaan yang amat daif. PAS yang mengaku sebagai parti Islam tidak pernah melakukan apa-apa yang wajar untuk Islam. Bukan itu sahaja malah untuk memperkenalkan sistem pengajian pondok yang lebih teratur pun PAS harus menunggu Kerajaan Barisan Nasional untuk memperkenalkannya.

Tidak lama lagi masyarakat Kelantan sendiri akan sedar tentang PAS yang tidak mempunyai wawasan untuk mereka. Ini kerana PAS dan pemimpinnya hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua yang sentiasa dipenjara akibat kebodohannya.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: