Selasa, Januari 08, 2013

Apabila Anwar mahu gugurkan saman Nalla..?


Sesuatu yang pelik apabila Peguam Anwar, SN Nair "mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi meminta bekas ahli PKR, Datuk K S Nallakarupan mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau bahawa Anwar menerima 60 juta dari Magnum Corporation Bhd, jika Nalla gagal mengemukakan bukti dalam tempoh 14 hari, maka pihak Anwar akan mendesak untuk menggugurkan kes".

Mahkamah Tinggi, 29 Ogos telah menerima permintaan Anwar dan meminta Dato Nalla mengemukakan bukti dalam masa 14 hari, jika tidak dapat mengemukakan bukti bermakna kes itu akan digugurkan.

Di mana peliknya ? Kes ini membabitkan Anwar saman bekas rakan baiknya, Dato Nalla, bukannya Dato Nalla saman rakan baiknya Anwar. Sepatutnya, jika Anwar saman Nalla, maka Anwar perlu menerusnya prosiding ini serta menuntut ganti rugi malu, bukannya menuntut agar kes ini digugurkan. Nampak seperti Anwar mahu mengertak Nalla di mahkamah, setelah proses mahkamah berjalan, ada usaha Anwar untuk menggunakan mahkamah semula untuk menggugurkan kes yang dibuatnya sendiri.

Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap di belakang tabir, Anwar sentiasa menelefon Nalla untuk berunding di luar mahkamah agar kes ini ditutup. Anwar dikatakan berusaha mendekati semula Nalla dan berunding agar kes ini tidak diperbesarkan. Anwar akui kesilapannya menyaman Nalla dan bersedia menarik balik kes ini bila-bila masa jika Nalla bersedia berunding.

Sebenarnya cerita Anwar mahu menarik balik saman ke atas Nalla sudah berlegar di kalangan inner circle PKR sejak Januari 2009. Mereka menyebut, Anwar bakal menarik diri daripada kes saman itu, jika diteruskan tidak menguntungkan Anwar kerana banyak perkara negatif yang akan merosakkan reputasi Anwar sebagai ahli politik akan terbongkar.

Adakah permohonan peguam Anwar dan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah sebahagian daripada konpirasi Anwar ?

Latar belakang kes

Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Nalla mendakwa bekas sahabat baiknya,Anwar Ibrahim, pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

Kata Nalla, "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu,"

Nalla yang merupakan Pengarah Perhubungan Awam Magnum turut memaklumkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

"Saya sudah buat salah dulu, saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu. Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut" katanya. Klik di sini

Dalam ceramah itu, bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dan bekas sahabat baik Anwar, Nalla membuat dakwaan bahawa Anwar pernah melakukan penyelewengan serius semasa menjadi Menteri Kewangan.

Ezam mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan pula mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.

Dakwaan daripada kedua-dua bekas orang kuat Anwar ini mengejutkan ramai pihak. Ibrahim Ali, bekas kawan baik Anwar turut terkejut dengan dakwaan itu dan mencadangkan agar mereka berdua membuat laporan polis dan BPR untuk mengesahkan tuduhan itu benar.

Difahamkan ekoran pendedahan itu, BPR telah mengambil keterangan daripada Nalla.
Nalla menyambut baik saman saman daripada Anwar itu. Bahkan dia sangat gembira kerana dapat bertemu Anwar di mahkamah.

“Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu, kata Nalla.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”, katanya lagi. Menurut pendedahan orang yang pernah rapat dengan Anwar, ketika menjadi Menteri kewangan, Anwar memang rapat dengan taukeh-taukeh judi. Antaranya Datuk T.K. Lim, pemilik Magnum Berhad. Melalui perantara Nalla, T.K Lim melantik Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad, supaya hubungannya sentiasa rapat dengan Anwar.

Menurut sumber Magnum Berhad ketika itu, Anwar dianggap RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi!

Semasa menjadi Menteri Kewangan juga, Anwar amat rapat dengan Raja Judi Genting bernama TS Lim Goh Tong (mendiang). Anwar akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh pihak Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat Anwar. Sekarang Anwar giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara.

Anwar juga amat rapat dengan pemilik kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan Anwar bagi menjaga 'kebajikan' AnWAR. Hingga sekarang Anwar masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibu pejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent).

Siapa Nalla ?

Nallakarupan merupakan 'rakan sepermainan tenis' Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1990-an hingga Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Dia merupakan bekas pengarah syarikat judi, Magnum Corporation.

Ketika Anwar dipecat, Nalla merupakan salah seorang yang ditahan polis. Ketika ditahan, polis mendapati Nalla menyimpan beberapa dokumen 'rahsia' daripada Menteri Kewangan yang tidak sepatutnya disimpan oleh orang awam. Hal ini tidak mengejutkan, kerana Anwar ketika itu Menteri Kewangan dan Nalla merupakan kawan baik Anwar. Selain itu Nalla juga menyimpan beberapa butir peluru tanpa lesen.

Nalla dikatakan sebagai 'kawan baik' yang membekalkan lelaki dan perempuan kepada Anwar untuk aktiviti seks haram. Ketika diminta polis untuk membuat pengakuan tentang kegiatannya, Nalla menolaknya kerana mahu menjaga 'persahabatan' dengan kawannya Anwar. Namun 10 tahun kemudian, pada tahun 2008, Nalla mengakui kesilapannya tidak memberi kerjasama kepada polis dan mengakui semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar dahulunya adalah benar.

Jadi inilah imej sebenar Anwar Ibrahim, tokoh yang dijoloki sebagai bakal Presiden PAS satu ketika dahulu.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: