Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Januari 16, 2013
Tertutupkah bangkai gajah dengan nyiru?
Himpunan pakatan pembangkang di Stadium Merdeka kelmarin dibuat dalam tempoh yang sukar dihadapi pakatan tiga sekutu itu.
Tidak kiralah sama ada pembangkang mendakwa sasaran khalayak mencecah 500,000 atau mereka nak akur kepada fakta sekitar 50,000 sahaja, namun dalam beberapa bulan ini imej yang tampak negatif di mata rakyat sedang menghantui mereka.
Di Pulau Pinang, pembentangan bajet defisit oleh kerajaan DAP negeri selama tiga tahun berturut-turut mencetuskan persoalan tentang kewibawaan pengutip pingat kerusi pilihan raya terbanyak dalam pakatan itu.
Ia tentang bagaimana cara pentadbiran dijalankan walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sering melaungkan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT). Perkembangan itu sangat membimbangkan dan seolah-olah cuba ditutup dengan penganjuran himpunan kelmarin.
Demikian juga soal ketelusan dalam pemilihan barisan kepemimpinan parti itu. Kesilapan pengiraan dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pusat (CEC) demi untuk mengembalikan seorang Melayu dalam CEC, atas alasan masalah teknikal penggunaan perisian Microsoft Excel amat menjengkelkan.
Bagaimana sebuah parti yang berprinsip tinggi boleh mengalihkan isu dan menipu perwakilan dengan semua kesilapan ini. Bagaimana sebuah parti boleh menjalankan pilihan raya secara bersih dan adil apabila mereka tidak mampu mengendalikan CEC dengan mudah.
Dan peliknya, tanpa mengendahkan pemilihan CEC DAP ini, pembangkang membangkitkan pula tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih dalam himpunan kelmarin?
Dalam sibuk melihat tembelang DAP, Pas tidak terkecuali. Malah sebenarnya lebih teruk lagi. Memang diakui kehadiran kaum Cina merudum dalam himpunan tersebut. Penyertaan mereka hanya sekitar lapan peratus sahaja daripada keseluruhan peserta dan kaum India sekitar dua peratus sahaja.
Himpunan yang didominasi pengikut Pas itu berlaku semasa pentadbiran Pas di Kelantan dan Kedah agak gawat waktu ini. Golongan yang digelar ulama itu telah menebang semua balak dan menggadaikan tanah termasuk rizab Melayu untuk mendapatkan keuntungan mudah.
Maka sudah tentu ini perkara yang pelik tetapi benar. Dan ternyata mereka bukanlah pejuang Islam sebenar dan menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi,
Di Selangor, dengan kemelut air yang berterusan akibat keangkuhan enggan meluluskan loji Langat 2, himpunan kelmarin turut cuba menutup janji-janji manifesto 2008 tidak tertunai kerajaan PKR di negeri itu.
Janji RM600 sebulan untuk ibu tunggal. Mana dia? Sudah dapat wang? Janji hantar anak ke sekolah tadika dapat RM50 sebulan. Mana? Mudahnya untuk menutup bangkai gajah. Tertutupkah dengan nyiru?
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan