Khamis, Januari 03, 2013

DAP telah berjaya mem'BAPUK'kan pemimpin PAS?




PAS adalah pejuang Islam yang paling bacul. Demi mengejar kuasa PAS merelakan apa sahaja walaupun secara terang Islam telah diperlekehkan oleh rakan sepolitiknya. Banyak peristiwa yang membuktikan betapa Pas hanya menjadikan agama sebagai alat memuaskan nafsu gila kuasa mereka.

1) Karpal Singh pernah menyinggung perasaan seluruh umat Islam dengan kenyataannya berbunyi “Langkah mayat saya dulu, baru pemerintahan Islam boleh dilaksanakan di Malaysia”.

2) Kenyataan DAP yang membayangkan sikap negatif terhadap Islam. Contoh, Lim Kit Siang dengan lantangnya berkata “Penubuhan negara Islam tidak sesuai bagi masyarakat majmuk di Malaysia, kemajuan rakyat lebih utama”.

3) Chen Man Hin berani membuat kenyataan “DAP tidak berganjak dengan pendirian untuk memastikan negara ini sebagai negara sekular”.

4) DAP mula mempertikaikan usaha Pas mahu menubuhkan negara Islam dengan mendakwa PAS perlu menang 128 kerusi Parlimen sedangkan parti itu hanya diperuntukkan 60 kerusi Parlimen oleh pakatan pembangkang.

5) Laungan takbir sebilangan besar penyokong PAS menyambut kedatangan Karpal Singh di Perak.

6) Tindakan melampau seorang penceramah Cina berketurunan Siam mengkafirkan pemimpin kerajaan yang juga seorang yang beragama Islam sedangkan orang Islam sendiri tidak mempunyai hak untuk mengkafirkan orang Islam yang lain.

7) Mempertahankan tindakan ahli politik kafir mencemarkan masjid. Ahli politik kafir itu telah menggunakan tempat suci orang Islam beribadat untuk memaki hamun dan mencerca pemimpin Islam.

8) DAP lantang menentang untuk memasukkan slogan penubuhan negara Islam dalam manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya akan datang sedangkan jika diukur dari segi kemampuan memenangi kerusi pilihan raya PAS lebih berhak menentukan agenda dalam manifesto gabungan pembangkang. Ini adalah satu penghinaan paling terhormat dilakukan oleh DAP bagi menunjukkan sikap anti Islam mereka.

9) Dan terbaru sekali adalah apabila Lim Guan Eng dalam perutusan menyambut hari Krismas baru-baru ini mahukan 'khalimah Allah' digunakan oleh penganut-penganut Kristian di semenanjung. Walaupun isu ini sensitif namun para pemimpin atasan PAS tidak mampu menegur kelantangan Lim Guan Eng membangkitkan isu ini!


Kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh DAP jelas menggambarkan pandangan serong parti itu terhadap Islam. Ini adalah satu tamparan yang hebat kepada Islam keseluruhannya. Namun PAS lebih selesa untuk terus tidur berbantalkan lengan DAP.

PAS semakin gagal menyemai nilai Islam dalam hati nurani rakan pembangkang yang sekaligus menunjukkan betapa PAS tidak akan mampu memupuk benih kemurnian dan semangat ukhwah sesama umat Islam.

Kepada PAS, teruskanlah sandiwara ini kerana ternyata mereka adalah pejuang Islam bacul tersohor di penghujung abad ini. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: