Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Januari 18, 2013
Pas berjaya diperalat DAP dalam hal ehwal Melayu, Islam?
Apa yang ketara sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan dan berjaya memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, pengaruh DAP dalam pakatan itu adalah jauh lebih besar daripada bilangan kerusi DUN dan Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 12.
Di Pulau Pinang, kuasa DAP adalah total dan anggapan bahawa Lim Guan Eng adalah 'tokong' di negeri itu merupakan satu ungkapan yang sungguh tepat.
Di Selangor, Exco dari DAP berpengaruh begitu kuat sehingga Menteri Besar dari PKR kelihatan seperti toothless (tak bergigi) dalam isu-isu tertentu, termasuk yang melibatkan hal ehwal Melayu dan Islam.
Malahan ia memaksa Pas mengorbankan pegawai kanan parti yang memegang jawatan Exco Kanan, atas desakan DAP.
Apa yang jelas selama hampir lima tahun DAP berdamping dengan PKR dan Pas, parti itu telah dapat mengenali kelemahan-kelemahan mereka.
Mereka tahu Pas khasnya sanggup berkompromi mengenai perjuangan untuk mewujudkan negara Islam asalkan Pakatan Rakyat berkuasa.
Mereka juga tahu Pas sedia berkompromi dalam hal-hal lain seperti pelaksanaan hukum hudud, dan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
DAP juga menggalak dan menyokong sepenuhnya PKR memeluk dan menyebarkan ideologi sekular, liberal dan pluralisme, walaupun kebelakangan ini ia sendiri menunjukkan kecenderungan mendokong agama Kristian.
Lebih dari segalanya kedua-dua DAP tahu PKR dan Pas kini terbelenggu dengan keghairahan untuk menakluk Putrajaya, tidak kira siapa yang menjadi 'pasangan tidur sebantal'.
Antara dua parti PR itu, Pas mengalami pergolakan yang lebih besar. Golongan sekular dalam parti itu yang mendapat inspirasi dari luar parti, kini mendominasi parti, sementara golongan ulamanya kini semacam terpinggir.
Pas juga dilanda krisis kepimpinan kerana ia telah begitu lama berpegang kepada ketaksuban kepada pemimpin tertentu dan tidak lagi mengamalkan mesyuwarah dan muzakarah seperti di zaman kegemilangannya.
Bahkan boleh dikatakan Pas telah mencapai satu peringkat spiritual dictatorship yang mengetepikan keagungan ilmu dan pandangan orang ramai.
Lebih menyedih dan membahayakan, strategi DAP mengeksploitasi kelemahan-kelemahan PKR dan Pas, telah menimbulkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.
DAP tentu merasa begitu berpuas hati mendengar fatwa kepimpinan Pas yang berulang kali menghalalkan parti itu sebagai sahabat Islam sementara UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Islam dalam BN.
DAP tentu juga tersenyum lebar dengan tindakan Pas 'mendoakan' kejatuhan UMNO dan BN yang merupakan tikaman runcing bambu yang sungguh memilukan ke atas perpaduan Melayu dan Islam.
Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam menyedari musibah besar yang berlaku ke atas perpaduan mereka angkara tindak-tanduk dan permainan politik DAP dan kuda-kuda tunggangan mereka, PKR dan Pas.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan