Rabu, Julai 11, 2012

Terkini Kes Liwat II - Pejabat Peguam Negara Fail Notis Rayuan?



Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama pada Selasa mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari Isnin. Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari).

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis -Bernama

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: