Selasa, Julai 31, 2012

Rentetan Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM [4] : Selamba saja bohong….PM cabar Anwar dedah nama MP BN nak lompat!


Sungguh menghairankan. Surat hitam putih ada. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengaku ada terima surat itu dari Anwar Ibrahim. Persoalannya di sini ialah isi kandungannya?

Penasihat PKR itu boleh buat selamba sahaja mendakwa kandungan surat itu antara lain bertujuan hendak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah kononnya barisan pembangkang mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar bercakap hal ini dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya, Selangor Isnin malam.

Katanya barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.

“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara?...Ini adalah kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Sebaliknya pada hari Selasa, semasa memberi kenyataan pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di Kepala Batas, Perdana Menteri menjelaskan surat berkenaan bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa.

Dia hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.

Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: "Kalau dia ada dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu ( kepada pengundi dikawasan-kawasan dimana Ahli Parlimen BN didakwa nak lompat berkenaan ) apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka ," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain."

"Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia," katanya.- 16/9/2008

Suara Politik
Taminsari..

3 ulasan:

Ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ali berkata...

Malang bertimpa-timpa yg Allah tunjukkan kepada DS Anwar, tapi beliu masih lagi tidak sedar atau saja-saja butakan mata dan hati(sama juga dgn pengikutnya). Adakah sebuah negara yg akan dipimpin kelak boleh ditadbir dgn segala LAKUNAN? tanpa realiti?

Ali berkata...

Negara maju pun tidak mampu menjanjikan segala kemudahan secara murah maupun percuma sedangkan negara mereka tidak banyak hutang, inikan Malaysia yg masih menanggung beban hutang dalam dan luar negara.Malaysia perlu berhutang demi pambangunan utk rakyat. Hutang tidak boleh dibayar dgn kadar masa yg singkat disebabkan kerajaan terpaksa menkaji cas yg dikenakan kepada rakyat bersesuaian dgn kemampuan mereka. Jika kesemuanya percuma, bagaimana kerajaan hendak mengumpul kembali wang telah dibelanjakan utk tujuan kemudahan rakyat tadi. Projek2 mega perlu dibuat utk kepentingan rakyat. Rakyat kenalah sama2 membantu kerajaan utk melansaikan hutang negara. Itu satu bengorbanan kepada kita dan kepada generasi akan datang. Yang akan mendapat manafaat yg maksima ialah anak cucu kita. Masa itu bolehlah kerajaan dapat memberi segala kemudan yg kadar bayaranya rendah.