Ahad, Julai 15, 2012

Syabas periksa saluran paip elak gangguan air!


Anggota unit penyelam Syabas mengambil contoh air bagi mengesan kebocoran dan kerosakan paip di dasar Tasik Putrajaya, Putrajaya, semalam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengadakan pemeriksaan saluran paip yang merentasi Tasik Putrajaya di sini hari ini bagi memastikan penyaluran bekalan air dari Loji Rawatan Air Semenyih tidak terganggu.

Loji yang membekalkan air kepada 400,000 unit kediaman di 194 buah kawasan di Putrajaya, Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kuala Langat dan sebahagian Petaling Jaya memang memerlukan pemeriksaan berkala.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, ia juga bagi memastikan sistem bekalan air sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Paip-paip di dasar tasik tersebut juga perlu dipastikan tidak mengalami sebarang kebocoran yang boleh menyumbang dan meningkatkan kadar air tanpa hasil (NRW)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan aktiviti pemeriksaan oleh lapan anggota unit penyelam Syabas membuat selaman ke dasar Tasik Putrajaya di sini semalam.

Pemeriksaan setiap dua tahun sekali itu melibatkan dua jajaran paip jenis mildsteel bersaiz 1,800 milimeter (mm) dan satu lagi berukuran 1,600 mm yang kesemuanya sepanjang 3.76 kilometer.

Menyentuh pemeriksaan itu, Priscilla berkata, maklumat awal menunjukkan tidak ada sebarang tanda-tanda kerosakan pada saluran paip tersebut.

''Kami juga turut mengambil sampel buih dan air bagi ujian kualiti air di tasik itu," katanya.

Beliau berkata, selain tasik Putrajaya, Syabas turut mengenal pasti beberapa lokasi paip di dasar tasik, sungai dan laut untuk pemantauan.

''Antaranya adalah jajaran paip di Pulau Ketam (Klang), Sungai Selangor (Kuala Selangor) dan Tasik Kundang (Hulu Selangor)," katanya.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

~Zaman Peralihan - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'