Sabtu, Julai 07, 2012

Hok Molek Jiwo Merano!



Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. Pas pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 20 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

MENGAMALKAN DISKRIMINASI

DULU : “Paras rupa yang cantik dan kelulusan yang tinggi bagi seseorang perempuan bukan merupakan satu jaminan untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Sebaliknya rupa yang kurang menawan mungkin diberi keutamaan dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut.

Kerajaan Negeri ini menetapkan jika ada kakitangan baru yang hendak diambil berkhidmat di mana kelayakan mereka adalah sama tetapi paras rupa berbeza, kita mahukan calon yang kurang cantik diambil berkhidmat.” (Ceramah di Kg. Bunut Rendang, Gong Datuk, Pasir Puteh pada 8 Ogos 1996)

KINI : Wanita yang rupawan, Allah dah beri dia rupa. Biasanya mereka mendapat suami yang kaya. Kalau dia tak kerja pun tak apa, pasal suami dia biasanya yang baik dan kaya. Wanita yang rupanya kurang ni kita kena pertimbangkan sedikit dengan duit.

Kita beri dia kerja dan dapat duit. Jadi kita dapat memberi keadilan kepada yang kurang rupawan.” (Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu pada 20 Julai )

JADINYA : Keadilan apa yang Nik Aziz pakai ni? Keadilan Islam ke keadilan cara dia? Rupa, cantik atau kurang, memang anugerah Tuhan. Itu Nik Aziz tak perlu pertikai. Allah juga menganugerahkan akal fikiran, kepandaian dan keperibadian kepada makhluknya.

Adakah Nik Aziz akan ambil pekerja yang bodoh, tak pandai, berperangai kasar semata-mata kerana dia tidak rupawan manakala orang yang lebih berkelayakan, pandai dan sesuai tidak diambil semata-mata kerana orang itu cantik? Ini zalim namanya.
Wallahuallam

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: