Selasa, Julai 10, 2012

PAS Lupa Diri Naik ROKET?



Lepas satu-satu bala menimpa parti pembangkang. Entah mengapa semakin ramai ahli PAS mula tawar hati sejak roket DAP mendarat ke bulan Pas. Mereka semakin malu untuk menjaja PAS sebagai parti Islam sebagaimana matlamat asal penubuhannya.

Puncanya hanyalah dengan UMNO, DAP tak boleh makan tiba-tiba PAS pula terima mereka. Bukan sahaja terima bahkan berkongsi agenda dengan orang yang menentang penubuhan negara Islam dan kuasa Melayu.


Sebahagian ahli PAS mula menyepikan diri daripada aktiviti parti seperti ceramah kerana semakin cemas dengan penampilan gagah DAP.

Ramai yang tidak tergamak untuk melihat bendera DAP bersilang dan bergandingan dengan PAS. Nampak macam PAS makin ditelan DAP. Lagipun PAS tidak ada keyakinan diri sehingga nak bagi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Inilah kejayaan terbesar DAP iaitu berjaya mempergunakan PAS untuk menentang ketuanan Melayu yang ditegakkan oleh UMNO. Sepatutnya jika marahkan UMNO, PAS sahaja tentang UMNO bukan bekerja dengan DAP.


Ternyata kepimpinan PAS yang ada tidak sekental kepimpinan zaman Allahyarham Datuk Asri dan Yusof Rawa yang tegas menolak DAP.

Sekalung tahniah buat Kit Siang dan Karpal Singh kerana berjaya gunakan PAS untuk tentang UMNO. Yang ruginya nanti bukanlah orang lain tetapi umat Islam dan orang Melayu itu sendiri.

Dan terbaru DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.


Pas pula yang meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi.

Jumlah kerusi Pas itu sama dengan peruntukan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ‘diturunkan pangkat’ berbanding 97 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum 2008 lalu, walaupun Anwar Ibrahim kekal diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

PAS nak kata apa? Melopong lagi le...!!!

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Unknown berkata...

melayu lupa diri mcm ni la jadi nya..