Isnin, Julai 09, 2012

MB Khalid DiCabar Noh Omar?



Integriti dan ketelusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, yang dikemudi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar lagi.

Kali ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Noh Omar pula mencabar Abdul Khalid mendedahkan jumlah kontrak yang diluluskan melalui rundingan terus.

Katanya, pendedahan itu perlu dibuat kerana Kerajaan PKR Selangor sebelum ini berjanji semua kontrak kerajaan negeri akan dibuat melalui tender terbuka telah menipu rakyat.

Ini kerana dakwa Noh, beliau mempunyai bukti kukuh banyak pemberian kontrak oleh kerajaan PKR Selangor dibuat secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

“Kalau Abdul Khalid takut atau tidak mahu dedahkan, saya sendiri akan dedahkan bagi pihak Menteri Besar Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Program Janji Ditepati peringkat Selangor yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam pada itu, Noh turut mencabar Abdul Khalid menyaman Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berhubung isu pembelian tanah Talam Corporation Bhd. (Talam) oleh kerajaan negeri.

Katanya, ia perlu kerana Pua sendiri mengakui kerajaan PKR Selangor membeli tanah Talam itu dengan kos RM42 juta lebih mahal dan pembelian itu sebahagian daripada pendedahan mengenai skandal RM1 bilion.

“Abdul Khalid kata, beliau akan saman MCA dan sesiapa yang bercakap berkaitan dengan kes Talam. Kalau hendak teruskan saman, samanlah Phua sekali.

“Sebab pemimpin DAP ini juga bercakap kes yang sama tetapi soalnya beranikah Abdul Khalid mengambil tindakan ke atas pemimpin DAP seperti Pua," soalnya.

Dalam perkembangan yang sama, Noh berkata, tindakan Abdul Khalid enggan menjawab dakwaan tetapi mengugut mahu menyaman pihak tertentu dalam isu Talam, bukti beliau pengecut.

“Saya hairan, kes belum pergi mahkamah tetapi dia tutup mulut dan saya hendak cabar dia kalau dia betul-betul telus, tokoh korporat yang hebat, sila jawab.

"Kalau dah jawab dan ada orang putar belit fakta yang dia tengok tidak betul barulah saman, ini jawab pun tidak lagi terus ambil tindakan undang-undang," ujarnya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: