Jumaat, Julai 27, 2012

Isu YB 'Mabuk' Sekincan jual hartanah PBT - Kali ini di SERANG dengan laporan polis pula?



Berikut adalah kenyataan Media oleh SERANG yang membuat laporan polis terhadap kes ini dan juga pendedahan beberapa dokumen SSM.

Kenyataan Media

Penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Saya membuat kenyataan balas berdasarkan laporan akhbar China Press bertarikh 19 Julai 2012 dan Sinar Harian bertarikh 21 Julai 2012.

2. Kita merasa sangat dukacita apabila ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim ADUN Sekinchan tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan isu ini dan hanya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan. Kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan – persoalan yang diberikan.

3. Persoalan terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor bertujuan menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB. Apatah lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran.

4. Penjualan pangsapuri di bawah dari dari harga pasaran hanya kerana sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal kerana NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November 2010 memutuskan syarikat ini diberikan kepada tender tersebut. Apakah asas syarikat yang ditubuhkan tidak sampai 1 bulan lebih diberikan tender tersebut?

5. Alasan MDSB tidak mementingkan keuntungan oleh itu penjualan mengikut unit tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang kurang bijak dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti menafikan han penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar umumnya berpeluang mendapakan hartanah tersebut.

6. Pengumuman penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK Enterprise hanya ditubuhkan pada 29 September 2010 dan pada 4 November 2010 Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut. Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender tersebut?

7. NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?

8. Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera masih lagi tidak terjawab.

9. Kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri. Kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku.

Oleh itu pada pagi ini kami membuat laporan Polis supaya siasatan menyeluruh boleh dibuat terhadap perkara ini.

Budiman Mohd Zohdi
Pengerusi
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG)




Suara Politik
Taminsari


Tiada ulasan: