Khamis, Mei 02, 2013

#PRU13 : PAS merendahkan Islam?


Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak pemimpin PAS yang sanggup mengetepikan ideologi dan perjuangan parti itu sematamata untuk bekerjasama dengan DAP. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang bahawa kedua-dua parti mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus mengenai kebebasan dan keadilan, menunjukkan PAS merendahkan Islam dengan meletakkan konsep negara Islam dan hukum hudud sebanyak lima peratus (5%) dalam perjuangannya.

Dedah sikap PAS

“Saya agak terperanjat dengan kenyataan itu. Di mana lagi lima peratus yang dia tidak ceritakan iaitu membabitkan soal negara Islam dan hukum hudud.

Bimbang hilang undi sanggup buang perjuangan

“Hairan... pemimpin PAS sanggup merendahkan soal Islam dan membuang perjuangan mereka kerana takut hilang undi pada pilihan raya umum,” katanya pada sidang media selepas Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Bersama Timbalan Perdana Menteri, di Dataran Pekan Layang-Layang, di sini semalam.

Hadir sama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; calon BN Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim dan calon BN DUN Machap, Taib Abu Bakar.

PAS tiada kekuatan

Muhyiddin juga menyifatkan PAS kini tidak mempunyai kekuatan dan keupayaan sehingga terpaksa bergantung kepada DAP.

“Sekarang mereka tertekan hingga sanggup bertentangan dengan perjuangan selama ini. Ini bukan perkara kecil... ini adalah soal pokok dan mana perginya perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam.


“Mereka boleh cakap ini soal remeh... kecil tetapi untuk orang Islam isu ini adalah perkara besar dan tidak boleh kompromi, namun PAS mula kompromi dengan DAP. Saya percaya rakyat akan tolak mereka dengan jelas,” katanya.

PAS dan DAP dalam satu kenyataan mengakui wujud perbezaan konsep dalam dasar kerjasama kedua-dua parti, namun tidak menghalang mereka daripada terus bekerjasama.

Menurut kenyataan bersama PAS dan DAP yang diedar kepada media pada majlis kenduri rakyat di Markas Pilihan Raya Pemuda PAS Parlimen Arau, Perlis semalam, perbezaan itu hanyalah sebanyak lima peratus.

Kenyataan yang ditandatangani Hadi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyebut kedua-dua parti mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus bagi menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.

Suara Politik
Belantanr

Tiada ulasan: