Jumaat, Mei 03, 2013

#PRU-13: Mahathir sifatkan Kit Siang 'buta'?


BUKIT GANTANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang seorang yang 'buta' kerana terus melakukan fitnah mengatakan kononnya Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja.

Berucap dalam majlis ceramah yang dihadiri lebih 5,000 orang di Dataran Simpang di sini malam tadi, Dr. Mahathir berkata, tohmahan Kit Siang itu membuktikan hakikat bahawa pemimpin tersebut sememangnya seorang yang rasis.

Menurut beliau, pemimpin DAP termasuk Kit Siang sengaja melemparkan fitnah seumpama itu semata-mata mahu orang Cina membenci orang Melayu dan akhirnya undi Cina akan berpihak pada parti tersebut.


"Pemimpin DAP ini (Kit Siang) matanya buta. Tak nampakkah bangunan pencakar langit yang ada di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor. Apakah ini semua milik orang Melayu? adakah hanya Melayu dapat nikmat? Itu tidak benar, satu fitnah.

"Kaum Cina pun ada rumah besar, ada bangunan besar dan perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India seperti Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya.

Yang turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Ismail Sapian dan ketiga-tiga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Datuk Rosli Husin (Changkat Jering), Dr. Zabry Abdul Wahid (Trong) dan Loh Swee Eng (Kuala Sepetang).

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: