KUALA LUMPUR 5 Mei - Barisan Nasional (BN) menang 32 daripada 43 kerusi parlimen setakat 10 malam ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 24 kerusi di Sarawak, dua di Johor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Putrajaya, Perak, Pahang dan Labuan.
Sementara itu, DAP menang 10 kerusi iaitu lima di Sarawak, tiga di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Pulau Pinang dan Perak.
PKR pula memenangi satu kerusi parlimen di Sarawak. - BERNAMA
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan